Wednesday, April 14, 2010


sewaktu sebelum ijtimak 2009....
bersiap sedia nak berjihad....


pemandangan ditepi tasik sewaktu beriadah...

Hadis Yang Menarik....

Rasulullah SAW bersabda: Bila seseorang itu mati dan saudaranya itu sibuk dengan pegebumiannya, berdiri lelaki yang amat kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapankan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nangkir datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal orang yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata: Dia adalah teman ku, dia adalah kawan ku. Aku tak kan tinggalkannya seorang diri walau apapun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugas mu. Aku tak boleh tinggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.

Selepas itu dia berpaling kepada temannya yang meninggal dan berkata: Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang2 dengan suara yang nyaring dan kadang2 dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Munhkar dan Nangkir, kamu tidak akan bersedih.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak tadi mengatur untuknya daripada Al-MalaulAlaa (Malaikat dalam syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi.

Rasulullah SAW bersabda: Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, maupun dari nabi atau malaikat.

Wallahualam.

Sebab-sebab mengapa doa tidak dikabulkan allah s.w.t..



1. Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haqNya.

2. Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulallah SAW tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.

3. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya.

5. Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.

7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.

8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya.

9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.

10. Kamu kekebumikan mayat mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Wallahualam.

Pakar geografi pembuat peta.....

Abdullah Al-Idris : Pakar Geografi Pembuat Peta Dunia

UMAT manusia patut berterima kasih pada tokoh ini iaitu Abdullah Al-Idris (1099-1166 M). Dilahirkan dengan nama penuh Abu Abdullah Muhammad Ibn Muhammad Ibn Abdullah Ibn Idris Ash-Sharif di kalangan ilmuwan dan masyarakat Barat dan dunia umumnya, Al-Idris dikenal sebagai seorang ahli geografi, dan pencipta peta dunia daripada perak seberat 400 kilogram. Berkat karyanya ini, umat manusia dapat mengetahui di mana letak benua atau kawasan tertentu yang ingin dituju. Beberapa pelajar di institusi pengajian tinggi menyanjung ilmuwan kelahiran Ceita, Sepanyol ini sebagai ahli geografi dan kartografi terbesar pada abad pertengahan. Idris atau Al-Sharif Al-Idris Al-Qurtubi juga memberi sumbangan dalam bidang ilmu kedoktoran.

Idris menghabiskan zaman persekolahannya di Cordova. Seperti kebanyakan ahli geografi lainnya, ia melakukan pengembaraan ke pelbagai tempat, dari satu negara ke negara lain nya, dan dari satu benua ke benua lainnya untuk mengumpulkan data geografi. Kebanyakan ahli geografi Muslim pada zaman Idris, telah berjaya membuat kiraan keluasan muka bumi secara tepat. Ketika itu beberapa peta dunia juga telah dibuat, namun tak sesempurna peta yang dibuat Idris.

Daripada bahan-bahan yang telah dikumpulkannya, Idris lalu mengkombinasikan sendiri penemuan-penemuannya tersebut menjadi satu pengetahuan baru. Karyanya banyak menyajikan data komprehensif dari setiap wilayah di dunia. Dari penemuannya inilah, Idris menjadi sangat dikenal dan mulai dijadikan rujukan oleh kalangan ahli kelautan Eropah serta kalangan pihak tentera.

Kepakaran Idris di bidang geografi itu sampai ke pengetahuan Raja Roger II, raja Norman dari Sicilia. Raja Roger II lalu mengundang dan menawarkan kemudahan pada Idris untuk membuat peta dunia paling tepat pada ketika itu. Idris memenuhi permintaan itu, namun ia meletakkan syarat iaitu dalam peta itu ia ingin memasukkan data bahawa Sicilia pernah berada di bawah pemerintahan kaum Muslim sebelum Raja Roger berkuasa. Peta pesanan raja itu direalisasikan Idris dalam bentuk bola dunia (globe) seberat 400 kilogram. Globe itu secara cermat juga mencantumkan ketujuh benua dengan laluan perdagangannya, tasik-tasik dan sungai, bandar-bandar utama, dataran, serta pergunungan. Selain itu, Idris juga memasukkan beberapa informasi tentang jarak, jauh, dan ketinggian dengan amat tepat. Oleh Idris globe itu dilengkapkan pula dengan Kitab Al-Rujari (Roger's Book).

Lantas bagaimana ilmuwan Abu Abdillah Al-idris menjelaskan hasil penemuannya dalam bentuk peta dunia yang dipesan secara khas oleh raja Roger II dari Sisilia? Bagaimana pula kajian atau perolehan data dan bagaimana ia memetakannya? Seorang penulis biografi terkenal asal Sicilia, Vincenzo Salerno, dalam artikelnya yang disiarkan dalam Best of Sicily Magazine (2003) secara cermat mengamati penemuan Al-Idris itu daripada pelbagai rujukan.

Menurut Vincenzo, sebelum peta itu digambarkan, Al-Idris terlebih dahulu mencari data dan maklumat yang diperlukan yang menurut sumber Barat, Idris telah berhasil memperoleh maklumat yang cukup lengkap, termasuk berbagai sumber sama ada daripada sumber Islam mahupun Kristian. Tentu bukan sesuatu yang mudah untuk memperoleh maklumat tersebut. Ini kerana pusat sumber yang lengkap atau perpustakaan pada zaman tersebut tidak seperti yang dimiliki pada hari ini. Sedangkan peta berbentuk globe itu perlu segera dilukiskan dan diserahkan ke pada raja yang berkuasa di Palermo, Sicilia itu.

Yang banyak membantu Idris adalah pengalaman beliau dalam pengembaraan, walaupun tak sehebat Ibnu Batutah, pengembara semasa zaman Marco Polo. Al-Idris telah melancong ke berbagai negeri sejak umurnya masih belia. Pengembaraan itu umpama pendidikan secara terus yang diperolehnya dalam bentuk praktikal yang tentunya amat bermanfaat dalam merealisasikan impiannya membuat peta dunia.

Sebenarnya bukan suatu kemestian bagi Idris untuk memenuhi permintaan seorang raja berkenaan kerana dia bukanlah warga tempatan kerajaan tersebut, melainkan hanya sebagai "temporary resident". Namun di sebalik pembuatan pe ta itu, Idris juga ingin menunjukkan kehebatannya sebagai cendekiawan Muslim.

Selain itu menurut Vincenzo lagi, Idris dihadapkan kepada banyak cabaran dalam merealisasikan impiannya. Situasi itu tentu amat berbeza dengan kecanggihan tekhlogi kumputer pada hari ini yang kesemuanya boleh dibuat dengan sekelip mata di atas sehelai kertas. Lebih rumit lagi pesanan itu bukan dilukis di atas selembar kertas, tetapi pada bahan yang terbuat daripada perak dengan bentuk sebuah bola dunia. Jadi perkara yang perlu dilakukan oleh Idris hanyalah melukiskannya secara manual menggunakan tangan.

Satu kelebihan yang ada pada Idris ia sememangnya seorang yang mahir dalam konsep pembuatan peta (kartografi ). Dari peta yang digambarkan Idris, sebagaimana peta-peta yang dibuat oleh beberapa pakar geografi Muslim, menggunakan orientasi Selatan (bukan Utara). Simbol-simbol dalam peta dan tulisan (lettering) untuk menjelaskan isi peta ditulis menggunakan kaligrafi Arab yang lebih bervariasi.

Sebagai melengkapkan peta yang ditulisnya, Idris sempat menulis buku geografi yang diberi nama Kitab Al-Rujari (Book of Roger). Kitab ini memaparkan secara komprehensif setiap maklumat geografi yang ada pada peta bola dunia yang digambarkannya itu. Tidak hanya itu, Al-Idris juga berjaya membuat anggaran ukuran garis tengah bumi dan pada titik 22.900 batu, setara dengan 42.185 km.

Kejayaan ini tak banyak berbeza dengan ukuran yang sebenarnya, iaitu 40.068 km. Berasaskan karyanya, banyak buku-buku rujukan yang ditulis ilmuwan Barat menyebutkan bahawa karya Idris merupakan suatu sumbangan yang besar pada teknologi pembuatan peta dunia selepas itu. Tidak hairan apabila nama Idris disebutkan dalam banyak buku-buku berkaitan sejarah pembuatan peta dunia. Misalnya salah satu perisian pemprosesan pada Sistem Informasi Geografi (SIG) -- dalam bahasa Inggris disebut Geographical Information System (GIS) - dikenali dengan Idris. Idris adalah antara tokoh yang membuktikan kemampuan seorang cendekiawan Muslim yang memberi sumbangan kepada semua lapisan masyarakat, termasuk kepada raja yang bukan Islam.

diantara hidup dan mati... bersama2 membawasatu matlamat yg berbeza antara satu sama lain..
melihat keindahan alam ciptaan allah s.w.t,disebalik kejadian nie pasrah dalam meperhambakan dri pada yg SATU>>>>>

Sunday, April 11, 2010

JARI MANA DISYARIATKAN MEMAKAI CINCIN ..?????

Jawapan pada soalan tersebut adalah bertepatan dengan kandungan antara 13 Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw.

Nabi Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
1] jari manis

2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah

2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan
jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu
kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan.

Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw.memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. dapatlah kita pahala. Wallahu a'lam Wassalam.

Hadis Yang Menarik ..cuba hayati.....

Rasulullah SAW bersabda: Bila seseorang itu mati dan saudaranya itu sibuk dengan pegebumiannya, berdiri lelaki yang amat kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapankan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nangkir datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal orang yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata: Dia adalah teman ku, dia adalah kawan ku. Aku tak kan tinggalkannya seorang diri walau apapun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugas mu. Aku tak boleh tinggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.

Selepas itu dia berpaling kepada temannya yang meninggal dan berkata: Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang2 dengan suara yang nyaring dan kadang2 dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Munhkar dan Nangkir, kamu tidak akan bersedih.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak tadi mengatur untuknya daripada Al-MalaulAlaa (Malaikat dalam syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi.

Rasulallah SAW bersabda: Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, maupun dari nabi atau malaikat.

Wallahualam.

Sekadar Info... ..

Warna Dan Kesihatan

Anda mengalamai masalah sakit kepala,tertekan atau sering rasa mengantuk? Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah tersebut....

HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA - WARNA MERAH
kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala.Oleh itu jika anda mengalaminya,letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda.ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin.

MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
- WARNA BIRU
Anda rasa tertekan?cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah.cuba ubah"screen saver" komputer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang.

ELAKKAN INSOMNIA - WARNA MERAH JAMBU
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam,apa kata anda mencuba petua ini.hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut.kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa.suasana yang romantik.......!

CERIAKAN MOOD ANDA - WARNA JINGGA
Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda,cuba sesuatu yg berwarna jingga.insyaallah pasti mood anda akan berubah.

LENYAPKAN KELETIHAN - WARNA HIJAU
Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni dalam badan..

ya allah....always be there...

Ya Allah
Kurniakanlah untukku cintaMu
Cinta hamba yang mencintaiMu
Jua cinta yang bisa mendekatkanku pada cintaMu

Ya Allah
Segala pemberianMu yang ku sayangi
Jadikanlah ia kekuatan bagiku untuk mencintaiMu
Segala yang Engkau pisahkan dariku
Sedang ia amat ku sayangi
Jadikanlah ia ruang untuk cintaMu dalam diriku

Ya Allah
Berilah kekuatan untuk mengutamakan cintaMu
Daripada cintaku pada mereka yang ku sayangi
Pada harta yang ku cari dan pada air dingin ketika ku dahaga

Ya Allah
Berilah daku kekuatan untuk mencintaiMu
Para malaikatMu, Nabi-nabiMu dan para solehin

Ya Allah
Hidupkanlah hatiku dengan cahaya cintaMu
Dan jadikanlah daku hambaMu yang Engkau cintai

Ya Allah
Berilah daku kekuatan untuk mencintaiMu
Sepenuh hatiku dan redha padaMu sentiasa akan segala usahaku
Amin Ya Rabbal A'lamin...

Allah hu'akbar..