Saturday, June 16, 2012

benarkah atau sebaliknya..

Hadis Tentang Tasik Thabari ini telah diriwayatkan oleh Fatimah bin Qais (Shahih Muslim 6/119), beliau mendengar Rasulullah SAW berkhutbah. Di dalam khutbah tersebut, Baginda SAW memberitahu bahawa Tamim ad Dariy telah memberitahu Baginda SAW, bahawa dia pernah tersesat ketika dalam pelayaran. Lalu, beliau dan beberapa orang teman terdampar di sebuah pulau. (Tamim Ad Dariy adalah seorang beragama Nasrani, lalu memeluk Agama Islam, lantas ketika bertemu dengan Rasulullah itulah, beliau menceritakan kisah ini) Ketika terdampar, beliau telah masuk ke dalam pulau tersebut, dan bertemu dengan makhluk yang berbulu lebat. Setelah ditanya, binatang tersebut menjawab bahawa ia adalah Jassasah. (Di dalam beberapa kitab hadis, banyak meletakkan hadis ini di bawah tajuk Kisah al Jassasah) Setelah itu, Jassasah menyuruh Tamim ad Dariy bertemu dengan seorang hamba Allah yang sedang dikurung di dalam sebuah bilik.. (Hamba Allah ini adalah Dajjal, sepertimana yang Nabi SAW beritahu di akhir hadis tersebut) Lalu, berlakulah soal jawab di antara Dajjal dan Tamim ad Dariy. Ketika itu Tamim ad Dariy tidak tahu bahawa orang yang sedang bersoal jawab dengannya adalah Dajjal. Antara soalan yang ditanya.. ...................... Manusia itu bertanya : Ceritakan kepadaku tentang pelepah tamar Baisan. Kami bertanya : Berdasarkan bentuk apakah yang kamu ingin kami ceritakan? Manusia itu menjawab : Aku bertanya kepada kamu tentang pelepahnya, adakah ia sudah berbuah? Kami berkata kepadanya : Ya.. Dia berkata : Sesungguhnya ia tidak akan berbuah lagi dalam masa terdekat. Dia bertanya lagi : Ceritakan kepadaku tentang Tasik Thabari. Kami bertanya : Berdasarkan bentuk apakah yang kamu ingin kami ceritakan? Dia berkata : Adakah masih terdapat air di situ? Mereka menjawab : Di tasik tersebut terdapat banyak air. Dia berkata : Sesungguhnya air di situ akan mengering dalam masa terdekat. Dia bertanya lagi : Ceritakan kepadaku tentang Ain Zughar (Sebuah Bandar di Syam yang mempunyai sumber air dari dalam bumi). Mereka bertanya : Berdasarkan bentuk apakah yang kamu ingin kami ceritakan? Dia berkata : Adakah di Ain itu masih terdapat air? Adakah penduduknya masih bercucuk tanam dengan air tersebut? Mereka berkata kepadanya : Ya, ia masih mempunyai banyak air dan penduduknya masih bercucuk tanam dengannya (air tersebut). Dia bertanya lagi : Ceritakan kepadaku tentang seorang Nabi SAW yang tidak tahu membaca dan menulis, apakah yang dia lakukan? bersambung..........(^_^)

ya allah....always be there...

Ya Allah
Kurniakanlah untukku cintaMu
Cinta hamba yang mencintaiMu
Jua cinta yang bisa mendekatkanku pada cintaMu

Ya Allah
Segala pemberianMu yang ku sayangi
Jadikanlah ia kekuatan bagiku untuk mencintaiMu
Segala yang Engkau pisahkan dariku
Sedang ia amat ku sayangi
Jadikanlah ia ruang untuk cintaMu dalam diriku

Ya Allah
Berilah kekuatan untuk mengutamakan cintaMu
Daripada cintaku pada mereka yang ku sayangi
Pada harta yang ku cari dan pada air dingin ketika ku dahaga

Ya Allah
Berilah daku kekuatan untuk mencintaiMu
Para malaikatMu, Nabi-nabiMu dan para solehin

Ya Allah
Hidupkanlah hatiku dengan cahaya cintaMu
Dan jadikanlah daku hambaMu yang Engkau cintai

Ya Allah
Berilah daku kekuatan untuk mencintaiMu
Sepenuh hatiku dan redha padaMu sentiasa akan segala usahaku
Amin Ya Rabbal A'lamin...

Allah hu'akbar..