Tuesday, December 27, 2011

Firman allah dalam Hadis Qudsi..

Telah Aku memperbuatkan di dalam rongga anak Adam itu suatu mahligai dan adalah

1) di dalam mahligai itu dada(Shodron) dan
2) di dalam dada(Shodron) itu Hati dan
3) di dalam Hati itu Fuad dan
4) di dalam Fuad itu Shaghof dan
5) di dalam Shaghof itu Lubbun dan
6) di dalam Lubbun itu Sirrun dan
7) di dalam Sirrun itu Aku(yakni di dalam Sirrun itu tempat tajalli Aku dan tempat ia mengenal akan daku)

Rezki makrifat dan hakikat...

Kata Sheikh Ibni Arabi;

Bermula tiap-tiap orang yang percaya ia daripada dalil maka tiada dapat dipegang pada Imannya kerana bahawasanya ia Nazhori, maka iaitu mendatangkan bagi kecederaan; bersalahan Iman yang Dhorori iaitu yang didapati dalam hati dan tiada boleh ditolakkan; dan demikian lagi tiap-tiap ilmu yang hasil daripada fikir dan nazhor maka ia Madkhul tiada sejahtera ia daripada masuk syubahat atasnya.

Keterangan Suluk

Ibni Arabi telah membahagikan keadaan Iman itu kepada dua bahagian iaitu;

1. Iman Nazhori (berdasarkan dalil akal dan penglihatan zhohir)
2. Imam Dhoruri (yang dicampakkan dalam hati secara langsung dari Allah)

Adapun perbezaan antara dua jenis Iman adalah tersangat jauh bezanya kerana Iman yang Nazhori itu adalah semata-mata dengan pengajian Ilmu Akal di mana untuk membuktikan wujudnya Allah ini, Alam ini digunakan sebagai dalilnya. Ada Alam ini menunjukkan adanya Allah yang menjadikannya.

Manakala Iman Dhorori pula adalah keyakinan kepada Wujudnya Allah tanpa sedikitpun Nazhor(tilik atau fikir) bahkan semata-mata keimanan yang dianugerahkan dalam hati secara langsung dari Allah tanpa sebarang usaha pengajian yang memerlukan bukti dan dalil. Malah Allahlah yang menjadi dalil pada wujudnya Alam ini.

Dengan demikian segala bentuk Ilmu Pengetahuan yang bersumberkan akal dan logik semata-mata tidak dapat lari dari Madqhul(ada penyakit/kecacatan)yang memungkinkan berlakunya kesalahan, kekeliruan, salah kefahaman atau berdasarkan atas gerakan nafsu syahwat yang halus lagi tersembunyi. Ilmu akal ini mungkin benar dan betulnya tetapi kesilapan boleh berlaku di mana-mana sahaja.

Seperti contohnya orang yang mengatakan Ada Alam ini menunjukkan adanya Allah. Jika ditanya "Jika tidak ada Alam ini maka adakah Allah juga tidak ada??". Inilah antara kerapuhan dan kecacatan atau penyakit yang ada pada Ilmu Yang Hasil dari fikir semata-mata..wa billahi taufiq wal hidayah.. wassalam.. (pengajaran alhikam)

Friday, July 15, 2011

Bab Tentang Saat Yang Terdapat Pada Hari Jumaat

Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.(terjemahan muslim dlm syarah as solah tul jum'ah..)

Wednesday, June 29, 2011

Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah. ..


Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Bagaimana Syaitan Memasuki Hati Manusia ..


1)Terlalu cintakan kepada dunia sedangkan kehidupan di akhirat tiada langsung di dalam hatinya, baginya kehidupan hanya sekali sahaja iaitu di dunia.
2)Terlalu melayan perasaan dan panjang angan-angan kerana sifat ini akan mengeraskan hati.
3)Terlalu rakus kepada kehidupan dunia kerana ia akan membuahkan sifat tamak.
Bakhil dengan apa yang dimiliki dan yang diperolehinya kerana ia merupakan pintu kepada kesombongan.
4)Riya', besar diri dan anggkuh kerana ia merupakan punca kepada sifat kemunafikan.
Ujub dan sombong.
5)Sentiasa menyimpan perasaan buruk sangka terhadap orang lain dan berdendam. 6)berterusan dalam melakukan dosa kecil dikira sebagai melakukan dosa besar.
7) Merasa suka dan gembira bila mendapat sesuatu musibah atau azab dari Allah.
8) Memandang rendah kepada orang lain kerana sifat ini merupakan tapak bercambahnya sifat dengki dan membuka pintu kebencian.

Friday, June 24, 2011

Tidak Hina Orang Yang Merendah Diri ..


Sombong, bongkak, angkuh, atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama iaitu satu sifat-sifat mazmumah (sifat-sifat tercela atau keji). Sifat ini, walaupun sedikit, menjadi kebencian dan kemurkaan Allah. Dan boleh menghalang kita mendapat Syurga. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina-dina.” - (Al-Mukmin: 60).



Sifat sombong atau takbur boleh dibahagi kepada dua: takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggapnya lebih rendah daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan seperti tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat. Imam Al-Ghazali berkata: “Orang yang takbur ialah apabila ditegur dia marah, sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.”



Takbur batin ialah membesarkan diri dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Contohnya iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam. Lalu dengan angkuhnya dia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat Iblis dan seluruh keturunannya.

Takbur boleh dibahagi kepada tiga iaitu takbur terhadap Allah, takbur terhadap Rasul-Nya, dan takbur sesama manusia. Takbur kepada Allah ialah tidak memperdulikan perintah Allah, tidak menghiraukan ancaman-Nya dan memandang rendah segala syariat dan peraturan-Nya.



Takbur dengan Rasulullah ialah enggan mengikut petunjuknya. Orang Quraisy pada zaman Rasulullah enggan mengikutnya kerana baginda anak yatim piatu. Sedangkan orang Yahudi enggan kerana baginda bukan daripada keturunan Bani Israel. Berasa diri lebih tinggi daripada orang lain ialah takbur sesama manusia. Ia sering memandang rendah terhadap orang lain kerana menganggap dirinya berilmu, kaya dan berpangkat.



Takbur ialah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi pendakwah. Ditakuti melalui tindak-tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut buruk.



Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur ini. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita. Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu dan apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.



Jika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya. Begitu juga apabila bertemu orang kafir. Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.



Lawan sifat sombong ialah tawaduk atau rendah diri. Sekiranya seseorang itu berjaya mengikis sifat sombongnya, akan datanglah sifat tawaduk iaitu sifat terpuji dan disukai oleh Allah s.a.w. Daripada Ibnu Abbas, bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tidak seorang pun kecuali di kepalanya terdapat dua rantai. Satu rantai sampai ke langit ke tujuh, dan satu rantai yang lain sampai ke bumi yang ketujuh. Apabila seseorang itu merendah diri, Allah mengangkatnya dengan rantai ke langit ketujuh dan apabila dia sombong, Allah merendahkannya dengan rantai ke bumi ketujuh.”



Oleh sebab itu, marilah kita bersama-sama belajar bertawaduk kerana ia tidak sedikit pun mengurangkan atau menghina harga diri kita. Allah telah memuji hamba-Nya yang bertawaduk dan mengangkat darjat mereka.

Andainya perempuan tahu...


Andainya perempuan tahu...

Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).

Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.

Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.

Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita...

Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys! (how true)

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini...(kalau dah tak tahu, find out lah yer...jgn asyik membebel ajer perempuan byk ragam lah, kuat merajuklah....kitorg kaum hawa ni pun tak fhm gak dgn perangai kaum adam)

Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik. (silalah praktikkan, jgn sekadar berkata2)

Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan..:) (boleh caya ke?)

Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang (bukankah itu ego?)

Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. (SETUJU!!)

Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Appreciate What You Have ..

APPRECIATE WHAT YOU HAVE!

I asked Allah why I wasn't rich. And he showed me a man with the wealth of a thousand kings, who was lonely, and had no one to share it with.

I asked Allah why I wasn't handsome. And he showed me a men more handsome than any other, who was ugly because of his vanity.

I asked Allah why he'd allowed me to become old. And he showed me a boy of 16, who lay dead at a scene of a car accident.
I asked Allah why I didn't have a bigger house. And he showed me a family of six, who'd just got evicted from their tiny shack, and were forced to live on the street.

I asked Allah why I had to work. And he showed me a man who couldn't find a decent job, because he had never learned to read.

I asked Allah why I wasn't popular. And he showed me a socialite with a thousand friends, who all left the minute the money and fun were no longer there.

I asked Allah why I wasn't smarter. And he showed me a natural born genius,who was serving life in prison for making ill use of his knowledge.

I asked Allah why He put up with a thankless sinner like me. And he showed me His Quraan, and the sacrifices of his beloved Prophet, And i knew then how much He loved me.

Allah Loves You

wassalam

When the going gets tough, the tough gets going.....

40 Nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib ..

Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Saiyidina Ali Ibn Abi Talib dan kitab Al Bayan Wattabyeen oleh Al Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al Jaahidh r.a.

1. Pendapat seorang tua adalah lebiih baik daripada tenaga seorang muda.

2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.

3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.

4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.

5. Jagailah ibubapamu, nescaya anak anakmu akan menjagai kamu.

6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah s.w.t.

7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.

8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan.

9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu.

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.

12. Mengajar adalah belajar.

13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.

14. Insan terbahagi kepada 3 : mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.
Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.

15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.

16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.

17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.

18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.

19. Manusia sebenarnyasedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.

20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.

21. Allah s.w.t merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya.

22. Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya.

23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.

24. Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi tidak tidur diatas kehilangan hartanya.

25. Barangsiapa yang mencari qpq yqng tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.

26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.

27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.

28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.

29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.

30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.

31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.

32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.

33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.

34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.

35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.

36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.

37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura pura.

38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.

39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.

40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerap perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

Wednesday, June 15, 2011

Perempuan, Cantiknya Kat renungan dan jelingan matannya...

Perempuan, Cantiknya Kat hidungnya...

Perempuan, Cantiknya Kat kulitnya...

Perempuan, Cantiknya Kat senyuman bibirnya...

Perempuan, Cantiknya Kat jari-jemarinya...

Perempuan, Cantiknya Kat lemah gemalaianya...

Perempuan, Cantiknya Kat santunnya...

Perempuan, Cantiknya Kat gerak tubuhnya...

Perempuan, Cantiknya Kat manis tutur katanya...

Perempuan, Cantiknya Kat cara berpakaiannya...

Perempuan, Cantiknya Kat kelembutan hatinya...

Perempuan, Cantiknya Kat kekuatan pegangan agamanya...

Sesungguhnya wanita itu hiasan dunia dan seindah2 hiasan dunia itu adalah dari isteri yg solehah...........subhanallah...

Sunday, June 5, 2011

Lelaki Pelindung Wanita



Saban hari permasalahan sosial sekarang seperti isu buang bayi, pelacuran, bohsia dan sebagainya semakin meruncing. Masyarakat terus menyalahkan pihak wanita yang kononnya lemah, mudah terpedaya dan sebagainya. Namun, kita sering melupakan bahawa isu ini bukan hanya berpunca dari satu pihak sahaja. 'Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi'. Kita alpa bahawa kelahiran yang sepatutnya suci murni itu turut dicemarkan oleh "ayah" yang tidak bertanggungjawab. Maka, seeloknya kita merenung kembali peranan lelaki terhadap wanita seperti yang dianjurkan oleh Allah dalam Al-Quran:
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka..." (al-Nisa', 4:34)
Jika kita sama-sama hayati ayat ini, terdetikkah di hati kita betapa besar dan beratnya amanah yang telah Allah berikan kepada kaum lelaki untuk menjadi pemimpin pada wanita. Betapa Allah telah memberi kepercayaan pada lelaki untuk memikul amanah itu kerana beberapa kelebihan yang Allah berikan pada lelaki dan tidak ada pada wanita.
Namun, hari ini, adakah lelaki telah berperanan sebagai pemimpin dan adakah wanita juga telah menjalankan peranan sebagai orang yang dipimpin? Ayuh kita muhasabah diri!
Lelaki itu sepatutnya pemimpin, bukan diktator!
Allah telah memuliakan lelaki sebagai pemimpin kepada wanita. Islam telah meletakkan garis panduan yang lengkap seharusnya bagaimana peranan pemimpin yang dimainkan oleh lelaki. Peranan lelaki sebagai suami, ayah, abang dan anak itu adalah sebagai pelindung kepada wanita-wanita di bawah tanggungjawabnya. Antara peranan lelaki dalam melindungi wanita dan keluarganya adalah:
Memastikan prinsip Islam terlaksana dalam keluarga.
Menjadi teladan yang baik.
Memastikan komunikasi yang baik dalam keluarga.
Memastikan keluarga terhindar dari azab neraka.
"Hai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.."
(At-Tahrim, 66:6)
Wahai lelaki, jika anda tahu betapa pentingnya peranan anda dalam kehidupan wanita, pasti anda sebagai lelaki tidak akan sanggup membiarkan kekasih-kekasih anda membuang 'benih' yang telah anda semai. Pasti anda tidak sanggup membiarkan ibu anda meniti hari-hari tua tanpa kasih sayang dari anda, dan pasti jua anda tidak tegar untuk menjadi dayus dengan membiarkan isteri-isteri dan anak-anak perempuan anda dipukul, dan dibiarkan tanpa pembelaan dan nafkah.
Namun, bagaimana seharusnya lelaki sebagai pemimpin, adakah umpama diktator yang hanya memberi arahan? Tidak sama sekali! Islam tidak pernah memuliakan lelaki sebagai pemimpin dengan tujuan supaya ia dapat menindas kaum perempuan. Malah Islam telah menganjurkan lelaki supaya berlemah lembut dengan wanita.
Misalnya, suami diangkat sebagai ketua keluarga, namun Islam tidak menidakkan hak isteri untuk berbincang dan memberi idea atau pendapatnya. Islam meletakkan hak pada suami untuk memukul isteri, namun ia adalah jalan terakhir dan dilakukan dengan penuh hikmah. Bahkan Rasulullah sendiri menganjurkan supaya berbuat baik dengan isteri.
Sesungguhnya, wanita itu satu amanah dari Allah, maka lindungilah ia kerana ia jua sebahagian dari lelaki.
"Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak" (Surah Al- A'raf:189)
"Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak" (Surah Al- A'raf:189)

Wednesday, April 20, 2011

DIDIK ISTERI PERLU STRATEGI ..


Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah bekalkan kepada kita kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, suami akan menjadi pelindung dan pendidik yg berwibawa.

Firman Allah yang bermaksud:

"Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya".

Tercetusnya kebahagiaan rumahtangga ialah apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri,makhluk yang kuat perasaannya.

Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah makhluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.

Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembilan nafsu dan akal berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah tidak sabar, mudah prasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung
dan sebagainya. Pendekata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita. Sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal. Atas dasar inilah wanita mesti dipandu atau dibimbing oleh lelaki agar segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata.

Sembilan nafsu pada diri wanita boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari dengan ilmu syariat. Mahu tidak mahu suami terpaksa belajar sedikit sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Barulah nanti dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun adakalanya menghadapi ragam isteri yang mencabar kesabaran kita.

Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran.Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan sumi menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri besar kepala. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh membahayakan isteri. Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan bepandukan ilmu tasauf.

Contoh bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang perempuan tua yang suka mengganggu Rasulullah saw. Tatkala Rasulullah saw lalu di sebelah rumahnya dia akan membaling sampah kepada Rasulullah saw. Adakalanya dia menaburkan sampah dan serpihan kaca di sepanjang jalan yang akan dilalui oleh Rasulullah saw. Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa Rasulullah lalu di sebelah rumahnya. Tetapi sedikit pun tidak dipedulikan oleh baginda Rasulullah saw.

Suatu hari Rasulullah rasa pelik kerana perempuan tua itu tidak menghalangi lagi perjalanannya baik dengan serpihan kaca mahupun dengan sampah yang dibalingkan.Apabila pulang dari masjid, baginda bertanya jiran perempuan tersebut. Rupa-rupanya perempuan itu sakit.Lalu baginda naik ke rumahnya dengan tujuan untuk berziarah. Rasulullah bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk perempuan tua itu. Alangkah terkejutnya perempuan tersebut melihat akhlak
Rasulullah sanggup menziarai dan membantunya tatkala dia sedang sakit. Akhirnya dengan sifat sabar Rasulullah menghadapi kerenah perempuan tua itu menyebabkan terbuka hatinya memeluk Islam.

Pada masa yang lain, pernah Rasulullah melintasi sekumpulan kaum perempuan, lalu baginda memberi salam.Tetapi tiada siapa pun yang menjawab salam baginda.Baginda memberi salam sekali lagi. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah beri salam, barulah mereka menjawab salam baginda. Apabila ditanya mengapa mereka tidak menyahut salam yang pertama dan kedua mereka menjawab,Kami sengaja mahu Rasulullah saw mendoakan untuk kami.

Begitu Rasulullah saw mendidik kaum wanita. Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar, tetapi Rasulullah masih dapat menunjukkan akhlak yang paling baik. Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya, kita kaum lelaki mudah naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Tetapi kita kaum lelaki mestilah menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang sediakala lemah pemikirannya. Oleh itu, kita kaum lelaki mestilah bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang.

Suatu ketika datang seorang perempuan berjumpa Rasulullah dan bertanya tentang mendi hadas.Rasulullah menjawab,"Ambillah sepotong kain perca yang sudah dikasturikan lalu berwuduk dengannya",Perempuan itu terpinga-pinga kerana tidak memahami keterangan Rasulullah. Lantas dia mengulangi lagi pertanyaannya,Bagaimana saya hendak berwuduk dengan itu?,Sekali lagi Rasulullah mengulangi jawapan baginda. Tetapi perempuan yang bertanya masih belum memahaminya. Lalu Rasulullah meminta kepada Siti Aishah supaya menerangkan kepada perempuan itu. Maka Siti Aishah pun berkata, "Ambil sepotong kapas yang bersih, lalu letakkan di tempat darah. Jika kapas itu tetap putih tanda haid sudah berhenti,"

Yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih. Sekalipun jika dia seorang pemimpin.

Ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri, kita hendaklah merendahkan sifat ego kita. Seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah tatkala bersama Siti Aishah. Sewaktu Rasulullah dinikahkan dengan Siti Aishah, umur baginda 55 tahun manakala Siti Aishah baru enam tahun dan mereka bersama tatkala Siti Aishah berusia sembilan tahun. Semasa melayan Siti Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak seperti kawan sepermainan. Siti Aishah diajak berlumba lari. Kadang-kadang Siti Aishah menang dan adakalanya Rasulullah menang dalam perlumbaan tersebut. Bermakna sewaktu bersama isteri adakalanya Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan mertabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut saja segala kemahuan isteri. Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan kehendak isteri, syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan.

Sebagai orang yang ditua-tuakan dalam sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu emosinya juga terikut sama. Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun kecil akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagilah jika kesalahan itu dianggap besar,mulalah meluap-luap perasaan marahnya pada suami.Memang satu sifat yang agar sukar untuk dikawal ialah tatkala dia sedang marah. Kadang-kadang dia mengamuk macam ribut taufan lakunya (sebab itu kebanyakan nama ribut diambil dari nama perempuan umpamanya Taufan Lydia, Ariel, Angela dan lain-lain).

Bagaimana sepatutnya tindakan suami untuk mententeramkan isteri yang sedang dilanda ribut taufan ini? Seeloknya didiamkan saja dahulu sampai kemarahannya reda kemudian baru diterangkan dengan sejelas-jelasnya setiap perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka isteri. Mengapa perlu diamkan saja orang yang sedang mengamuk? Kerana tatkala sedang marah syaitan sengaja meluap-luapkan perasaan marahnya. Kalau dijawab, bererti kita sengaja mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Maka lebih baik didiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur. Ada kalanya demi keharmonian rumahtangga, ada perkara-perkara tertentu yang tidak sepatutnya diketahui oleh isteri. Kalau perlu disembunyikan dari pengetahuan isteri, sembunyikan sungguh-sungguh. Saya bukanlah menggalakkan suami mengambil kesempatan melakukan perkara yang sumbang dan berbuat dosa di belakang isteri. Tetapi jika perkara yang disembunyikan itu tidak bertentangan dengan syariat, memang ada baiknya disembunyikan. Mungkin ia berhubung dengan suatu perkara yang isteri masih sukar untuk menerimanya.

Hal ini pernah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah saw. Suatu hari isteri-isteri datang menemui baginda dan Siti Aishah, yang mewakili mereka semua, bertanya,"Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah,yang manakah yang paling Rasulullah sayangi?",Rasulullah tersenyum mendengar pertanyaan itu.Rasulullah tidak terus menjawabnya. Bahkan baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian.

Bagaimana harus dijawab kalau anda ditanya begitu oleh isteri-isteri anda? Memang tidak dinafikan perasaan kasih sayang itu tidak boleh diberi sama adil. Ini diakui oleh Allah. Tetapi suami mestilah pandai memainkan peranannya supaya jangan ada dikalangan isteri-isteri yang tersinggung perasaanya kerana mengetahui suami lebih sayang kepada isteri yang lain.

Berbalik kepada kisah tadi, maka seperti biasa Rasulullah saw mendatangi isteri-isterinya mengikut giliran masing-masing. Rasulullah sedikit pun tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu.Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan isterinya,setiap seorang baginda hadiahi sebentuk cincin dan baginda berpesan agar mereka tidak memberitahu pada isteri-isteri yang lain. Pada hari yang telah ditetapkan Rasulullah saw menyuruh isteri-isterinya berkumpul kerana baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan.

Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah. Ada yang terasa pasti jawapannya Siti Aishah kerana beliaulah yang termuda di antara mereka. tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah, baginda pun berkata,"Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya",Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka dia sahaja yang menerima
cincin tersebut. Begitulah sepatutnya tindakan suami, pandai menyelesaikan kekusutan fikiran isteri.

Satu perkara lagi biasanya kaum perempuan suka berleter atau setengah orang kata macam mulut murai.Suami yang bijak akan berdiam dan tidak menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah,tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang sedang sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah tunggu sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut.Maknanya isteri yang sedang berleter, jangan dinasihati. Hendaklah tunggu keadaannya menjadi kendur barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Maka barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang disirami embun pagi pada kala panas terik. Rasulullah juga pernah berhadapan
dengan kerenah perempuan yang suka berleter.Rasulullah tidak menjawab sepatah pun. Baginda memberi peluang kepada perempuan tersebut meluahkan ketidakpuasan hatinya. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.

Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak kerenah.Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pangasih terhadap suami dan anak-anak.Perempuan begini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong dan pembantu kepada perjuangan suami sekiranya suaminya seorang pejuang atau pendakwah. Isteri begini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan
masalah-masalahnya bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Barangsiapa memiliki isteri yang solehah maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya."

Rasulullah juga bersabda yang bermaksud:

"Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah."

Apabila wanita dapat dididik dengan betul maka ia dapat memberi kebaikan kepada seluruh umat kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang.Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang solehah akan membahagiakan seluruh isi alam.


(sumber : Dr.Ikmal )

Tuesday, March 22, 2011

Kelebihan Solat Berjemaah Menurut Teori Fizik ..


Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah
membuat satu kajian tentang kelebihan solat
berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya
tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu
cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian
kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah
tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku
pertukaran cas positif dan cas negatif, yang
menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita
rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti
seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan
semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap
normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan
di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan
solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang
didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang
tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang
berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan
cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat
berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu
bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan
yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai
berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan
yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli
jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan
menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh
tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama
ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala
yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin
lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas
dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari
tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat
setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita
mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir
seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit
lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh
dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2
rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan
memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil
akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh.
Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran
cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan
untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan.
Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk
memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran
cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.
Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali
tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan
cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat
solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang
kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja
kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang
banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan
pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya
dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai
dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2
waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang
solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya,
pada waktu malam kita tidak banyak melakukan
aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses
pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat
keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat
dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam
amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun
menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya,
solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan
cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita
bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa
Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa.
Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai
hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu
sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan
betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan
hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
Wallahualam.

Monday, March 21, 2011

76 Petua Ilmiah Memenangi Hati isteri..

Berikut adalah petua ilmiah bagaimana anda boleh memenangi hati wanita kekasih anda. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa mahukan perhatian.Petua ini khas untuk suami isteri:

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.
8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.
11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.
26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.
27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.
30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
31. Basuhkan kereta yang dipakainya.
32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.
33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya.
35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.
36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.
43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.
44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.
46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.
48. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.
54. Solat bersama dan berdoa bersama.
55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.
57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau.Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.
58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.
60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.
61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.
62. Bila dia memasak, pujilah masakannya.
63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.
64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.
66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.
67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.
72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.
74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.
75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.
76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

Bila dah faham boleh lah senyum... ..


Masa tu aku rasa suka, gembira semua ada, sampai rasa macam nak meloncat pun
ada. mana taknye dapat "green light" bapa laila. dah bapa dia kata macam tu. aku pun apa lagi laa. sampaikan aku sendiri susah nak kontrol senyum
aku. apa sikit tersenyum dan tersengih. dalam hati aku berkata "lihatlah dunia..." tak lama lepas tu laila panggil kami berdua makan tengahari.
masak kari kepala ikan, kebetulan kegemaran aku. yg ni aku tak pernah bagitau laila. kepala ikan merah. maklumler kampung tu tak jauh drp laut. dan ramaipun org kampung tu yg kerja jadi nelayan. murah ler sikit harga kepala ikan tu agaknya. tapi kalau pergi pasar mahal juga. aku makan berselera sekali. makan bertambah. sedap pulak kari kepala ikan tu. atau mungkin juga pasal seronok sampai selera makan aku ertambah. yang mana satu aku pun tak tau. yg pasti aku sangat berselera. kalau bukan disebabkan aku segan
kat orang tuanye mahu banyak kali aku tambah. tapi perangai kena jaga. maklumler bakal menantu dia.

lepas makan, aku pun duduk sekejap. aku tengok jam dah dekat 1.45 tengahari. masa tu dah masuk waktu zohor. aku pun mintak diri nak beransur dulu. tapi aku ditahan lagi sekali oleh bapa laila. "ahh.. sudah" kata aku dlm hati. apa hal pulak lagi. lagipun aku tengok muka bapa dia serius semacam jer. aku cakap ler yg aku nak balik pasal waktu zohor dah masuk. "takpe, kamu
semayang di sini" kata bapa laila. bapa laila suruh aku semayang di rumah dia rupanya. takde hal la bagi aku kalau macam tu. laila masuk bilik dan
keluar bawak kain pelikat sehelai. suruh aku tukar dan tunjuk kat mana bilik air. so, aku pun pergi la ambik air semayang. laila pesan kat aku pergi
semayang kat bilik kosong yg tengah. masa aku masuk bilik tu baru aku tahu yg bilik tu khas utk semayang, ada buku dan kitab agama. dan juga kaset ceramah dengan radio player. maklumler org parti bola ping pong. aku panggil bapa laila nak tanya arah kiblat arah mana. dia datang dan tunjukkan arah tapi dia cakap jangan semayang dulu. "kita berjemaah" katanya. masa tu aku
dah boleh agak apa akan berlaku. mesti dia nak test aku jadi imam. lagi sekali jantung aku berdebar kencang balik. alamaak, kena ke? kata aku dlm hati.

aku rasa aku macam tengah menuggu hukuman tembak sampai mati jer drp bapa laila. habisler aku. yg ni aku tak sangka langsung. takde langsung dlm kepala otak aku masa fikirkan apa akan jadi pada hari tu malam tadi. aku
bukannye pernah jadi imam kepada org tua. masa di sekolah dulu pernah ler. itupun masa aku jadi makmum kat belakang sekali kemudian org cuit bahu ku sbg isyarat nak mintak aku jadi imam. tapi masa tu kalau tak nak, boleh jatuhkan tangan kanan sekejap. kalau nak diamkan diri. masa tu ada pilihan.
kali ni aku takde pilihan. tengah aku menggelabah tu bapa laila pun sampai. "tunggu dulu, tunggu laila dengan makcik kamu sekali" katanya. aduh...
satu rumah nampak gayanya. aku dah mula menggeletar kepala lutut. rasa macam nak
terjun rumah jer... penakut betul rasanya aku masa tu. dalam kepala otak, aku dah mula fikir lepas ni apa lagi yg unexpected yg bakal berlaku.

aku tarik nafas dalam-dalam dan kuatkan azam, aku boleh..! apa nak jadi jadilah. kemudian baru aku teringat satu perkara. semayang zohor
berjemaah tak payah baca fatihan dgn surah lazim sampai makmum dengar. Yes..!
apa aku nak takut. buat selamba ajer ler. masa bapa laila emak dan laila sekali dah siap, aku dapat satu akal nak elakkan diri. cepat-cepat aku ambil kedudukan belakang sikit drp tempat imam sebelah kanan dan terus jer aku nak qamat.
bernas sekali idea tu aku rasakan. baru aku nak mula qamat aku kena tarik oleh bapa laila. "takpe, biar pakcik qamat. biar org muda pulak jadi
imam" alamak tak lepas jugak aku. tapi bila aku teringatkan yg semayang zohor secara senyap walaupun berjemaah aku berani ler sikit.

ditolaknya aku ke depan ambil tempat imam. nak tak nak kena ler aku jadi imam. aku pun ambil tempat imam. sambil berdiri tu aku dengar bapa
laila qamat di belakang. lepas tu aku pun baca ler surah an-nas sekali
perlahan-lahan. sambil tu sempat lagi aku berdoa dlm hati mintak tenangkan perbuatan aku dan hati aku yg bergelora ni. mana tahu tengah gelabah-gelabah kita senang tersilap pulak. akupun lafaz niat zohor sebagai imam, takbir dan sambil tu berniat semayang zohor dlm hati. akupun buat ler macam biasa. konsentrat. masa tu memang dah tak fikir aku ni makmum ke imam. semuanya
berjalan lancar tanpa silap dan takde gelabah langsung. habis bagi salam baru aku teringat satu perkara. yang mana perkara tu sangatlah aku tak
suka dan memang aku tak tahu pun. baca doa. dan terus aku rasa mula menitik peluh walaupun dlm bilik tu ada kipas angin. akupun berwirid ler seringkas yg aku tahu. bukan ringkas pun sebenarnya cuma itu jer wirid lepas semayang yg
aku tahu. dalam hati dah mula rasa tak sedap. lepas tu aku suruh ler bapa laila baca doa. dia tolak balik kat aku. imam baca lebih afdhal katanya. ntah macam mana kepala otak aku boleh proses dgn pantas hantar arahan ke mulut aku dan
aku pun cakap balik "org macam pakcik mungkin lebih afdhal drp saya".
fuuhh..! ayat power tu.

dgn tak disangka-sangka bapak laila terus jer tadah tangan dan mula membaca doa. yes..! yes..! kata aku dalam hati. terasa satu beban atas kepala
otak aku dibuang. seronok yg tak terhingga kali kedua utk hari tu. aku rasa tuhan menyebelahi aku tapi sebelum tu diujinya aku cukup-cukup. akhirnya aku percaya niat yg ikhlas akan berbalas secara baik juga. mungkin bagi org lain itu satu perkara kecil yg mana ramai org sanggup buat. tapi bagi aku itu satu perkara yg aku tetap ingat dan juga satu perkara besar yg pernah aku buat. sangat berharga pengalaman tu. lepas habis berdoa aku pun hulur salam pada pakcik. sempat aku jeling laila. diapun tengah jeling aku dengan satu senyuman yg sampai sekarang aku tetap ingat. dgn masih lagi bertelekung dan sepasang lesung pipit. "Ya Allah... temukanlah jodoh aku dgn laila" sempat lagi aku berdoa dlm hati masa aku jeling menjeling tu.

tobekontiniu...

P/s: bertuah lah kau laila....he..he...tak payah jd imam.....mmg nak menangis bila jd imam ni....tambah2 kalau tak pernah jd tu...suara pun jd cam nak mengais jer....tambah2 kalau makmum tu kita rasa lg berilmu....eden sebak kalau jd imam....takder ciri pemimpin lah eden ni....

Kalau dah bersedia jd suami tu...eloklah bersedia jd imam....

Beruntung kau laila....he...he....(kisah Benar dari TintaBiru)..

Sunday, March 20, 2011

Kahwin Cepat - Yang Berkat Jadi Mudarat ? ..

Majlis akad nikah itu baru sahaja selesai. Saya dan beberapa orang sahabat masih menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Tiba-tiba seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik tangan saya dan bertanya, "Kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?" Saya lantas bertanya, "Tok dulu kahwin cepat?"
"Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anak seorang..." Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5 sekarang.
Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai anak.
"Bahagia Tuk?"
"Tak bahagia apa... anak Tok 12 orang!"
Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur dengan angka.
"Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih menuntut lagi, orang heboh saya tak sabar," ngadu saya tanpa dipinta. Sengaja mengundang
reaksi.

"Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tok, tu kira terlajak dah tu!"
"Betulkah saya tak sabar, Tok? " tanya saya semacam mengusik.
"Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat. Selamat dari maksiat.
Kalau betul tak sabar, Tok ni lagilah tak sabar... umur 17 tahun dah kahwin, heh, heh, heh..."
"Setuju tak Tok kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal cepat lambat, tapi soal dah bersedia atau tidak?"
"Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaan tu..." tajam Tok membalas.
"Kalau ikut pandangan Tok, apa agak-agaknya persediaan tu?"
"Soal ni tak boleh agak-agak... Mesti tepat."
Terkedu saya dibuatnya. Tok ni bukan sebarang orang.

"Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur... Asal akil baligh dah boleh kahwin. Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatan yang
cukup, tapi yang penting kematangan diri... Ertinya, seseorang yang nak kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik, dah boleh sedikit
sebanyak kawal perasaan, dan jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang."
Saya menung panjang. Tertikam di sudut hati petanyaan, sudahkah saya
matang sewaktu mula berkahwin dahulu?

"Jangan menung... Tok cuma kata, dah sedikit sebanyak matang. Tak payah tunggu matang betul... nanti tak kahwin pula!" usik Tuk seperti dapat membaca fikiran saya. Walau tanpa ijazah, Tuk sebenarnya sedang menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadang kala tidak dapat ditimba di mana-mana menara gading.
"Macam mana nak matang?" tanya saya perlahan. Malu rasanya untuk diajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini. Terasa terlambat!
"Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan... umur sebelas tahun dah khatam Quran. Dah selesai belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah, batal dan lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh buka kitab Muhimmah, baik lelaki, baik perempuan. Dah diterangkan tanggung jawab suami, isteri dan asas-asas kerukunan rumah tangga."

"Itu sahaja? Ilmu lain?" soal saya pendek.
"Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang otak baik, jadilah guru, pegawai kerajaan... ikut keadaan zaman tulah. Tuk ni tak nasib baik... kerja kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka tanah.
Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sampai sekarang ni..."
"Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dah dua kali naik haji."
"Tak senang. Tapi mudah-mudahan... tenang. Tulah doa Tok, biar hidup kita tenang."

"Agaknya sebab kurang matang nilah orang sekarang kahwin lambat?" cuit saya, kembali ke tajuk asal.
"Ni agak Toklah. Budak sekarang tak macam dulu. Mereka ni macam lambat matang. Kalau dulu umur 13 dah boleh pikul tugas. Dah berdikari, dah boleh harap jaga emak bapak. Setakat jadi imam dan baca berzanji tu lancar... tapi sekarang lain, umur dah 23 tahun pun masih bergantung kepada emak bapak. Nak jadi imam? Jauh sekali."
Terbayang kekesalan di wajahnya. Dia menyambung, "Sekali tu Tuk tengok betul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal pengantin tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah depan tuk kadhi. Bila tanya rukun sembahyang, geleng kepala. Yang dihafalnya rukun nikah saja..."

"Kalau macam tu macam mana?"
"Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin isteri dan anak-anaknya nanti? Tu baru ilmu yang paling asas, belum lagi ilmu... apa orang
kata... ... parenting skill."
"Tok pun tahu parenting skill?"
"Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio, tv, ceramah, buku-buku... ah, macam-macam."
"Tapi Tok, kalau tak kahwin pun susah juga... Nanti terjebak dengan maksiat," kilas saya.
"Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepas satu disambung satu.
Bermula dengan yang paling utama, diikuti yang kedua, ketiga dan seterusnya... Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perlu diasak di awal usia.
Diiring ilmu akademik. Jadi, bila dah nak kahwin nanti, ilmu tu semua dah ada. Persediaan agama ada, persediaan material ada."

"Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin kerana katanya belum bersedia, dari segi material dan agama?"
"Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan ilmu agama... sampai mati pun tak akan habis dituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dan tambah lagi selepas kahwin. Begitu juga soal material, soal kerja, profesion... Ni pun tak akan habis-habis. Ukurlah ikut keperluan dan kemampuan diri. Jangan sampai terlanjut usia sudahlah. Jangan nanti ilmu ada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada..."
"Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?" terluncur soalan yang berbau akademik tanpa saya sedari.

"Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran Islam, keadaan jadi agak lintang-pukang sekarang. Yang berkat jadi mudarat. Tak dikahwinkan, membuat maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab."
"Antara dua keadaan ni... yang mana patut kita pilih?"
"Perlukah kita buat pilihan? Pada Tok... pilihlah keadaan yang tidak memaksa kita membuat pilihan!"
Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu boleh mengundang seribu wacana para sarjana!(dari cerita hidup seorang sahabat yang masih di mesir sebagai mudir disana..)

ya allah....always be there...

Ya Allah
Kurniakanlah untukku cintaMu
Cinta hamba yang mencintaiMu
Jua cinta yang bisa mendekatkanku pada cintaMu

Ya Allah
Segala pemberianMu yang ku sayangi
Jadikanlah ia kekuatan bagiku untuk mencintaiMu
Segala yang Engkau pisahkan dariku
Sedang ia amat ku sayangi
Jadikanlah ia ruang untuk cintaMu dalam diriku

Ya Allah
Berilah kekuatan untuk mengutamakan cintaMu
Daripada cintaku pada mereka yang ku sayangi
Pada harta yang ku cari dan pada air dingin ketika ku dahaga

Ya Allah
Berilah daku kekuatan untuk mencintaiMu
Para malaikatMu, Nabi-nabiMu dan para solehin

Ya Allah
Hidupkanlah hatiku dengan cahaya cintaMu
Dan jadikanlah daku hambaMu yang Engkau cintai

Ya Allah
Berilah daku kekuatan untuk mencintaiMu
Sepenuh hatiku dan redha padaMu sentiasa akan segala usahaku
Amin Ya Rabbal A'lamin...

Allah hu'akbar..