Sunday, September 9, 2012

Mereka bertanya : Berdasarkan bentuk apakah yang kamu ingin kami ceritakan? Dia berkata : Adakah di Ain itu masih terdapat air? Adakah penduduknya masih bercucuk tanam dengan air tersebut? Mereka berkata kepadanya : Ya, ia masih mempunyai banyak air dan penduduknya masih bercucuk tanam dengannya (air tersebut). Dia bertanya lagi : Ceritakan kepadaku tentang seorang Nabi SAW yang tidak tahu membaca dan menulis, apakah yang dia lakukan? Mereka menjawab : Dia telah keluar dari Mekah dan mendiami di Madinah. Dia bertanya : Adakah Bangsa Arab memeranginya? Kami menjawab : Ya Dia bertanya lagi : Bagaimanakah dia (Nabi SAW) menghadapinya (serangan arab tersebut)? Kami menceritakan kepadanya bahawa dia (Nabi SAW) muncul di kalangan generasi muda Arab, lalu mereka mentaatinya. Dia berkata lagi : Adakah terjadi sedemikian? Kami berkata : Ya Dia berkata : Sesungguhnya itulah yang terbaik bagi mereka ialah mentaatinya, dan aku menjadi pemberitahu tentang diriku, aku adalah al Masih. Aku hampir-hampir dibenarkan untuk keluar (menyesatkan manusia), lalu (setelah aku dibenarkan, aku akan) keluar menjelajah ke seluruh dunia, dan aku tidak membiarkan sebuah kampung pun, melainkan aku mencerobohinya, (semuanya) berlaku dalam tempoh 40 hari, kecuali Mekah dan Taibah (iaitu Madinah, yang kedua-duanya tidak aku masuki). Kedua-duanya diharamkan kepadaku (untuk mencerobohinya). Setiap kali aku ingin memasuki salah satu daripadanya, aku terjumpa Malaikat (yang menjaga) dengan pedang terhunus di tangannya, menghalang aku daripada memasukinya. Dan sesungguhnya di setiap sudut terdapat malaikat yang menjaganya….” (Shahih Muslim : 6/119) Hadis ini jelas menunjukkan bahawa Dajal Laknatullah sudah berada di dunia ini semenjak zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Dajal Laknatullah berada di sebuah pulau yang tidak dapat diketahui lokasinya yang dijaga oleh seekor binatang besar yang lebat bulunya. Dia dirantai di dalam sebuah gua dan tidak dibenarkan keluar sehinggalah sampai saat kemunculannya di akhir zaman untuk merosakkan manusia di dunia ini..

ya allah....always be there...

Ya Allah
Kurniakanlah untukku cintaMu
Cinta hamba yang mencintaiMu
Jua cinta yang bisa mendekatkanku pada cintaMu

Ya Allah
Segala pemberianMu yang ku sayangi
Jadikanlah ia kekuatan bagiku untuk mencintaiMu
Segala yang Engkau pisahkan dariku
Sedang ia amat ku sayangi
Jadikanlah ia ruang untuk cintaMu dalam diriku

Ya Allah
Berilah kekuatan untuk mengutamakan cintaMu
Daripada cintaku pada mereka yang ku sayangi
Pada harta yang ku cari dan pada air dingin ketika ku dahaga

Ya Allah
Berilah daku kekuatan untuk mencintaiMu
Para malaikatMu, Nabi-nabiMu dan para solehin

Ya Allah
Hidupkanlah hatiku dengan cahaya cintaMu
Dan jadikanlah daku hambaMu yang Engkau cintai

Ya Allah
Berilah daku kekuatan untuk mencintaiMu
Sepenuh hatiku dan redha padaMu sentiasa akan segala usahaku
Amin Ya Rabbal A'lamin...

Allah hu'akbar..