Tuesday, December 27, 2011

Firman allah dalam Hadis Qudsi..

Telah Aku memperbuatkan di dalam rongga anak Adam itu suatu mahligai dan adalah

1) di dalam mahligai itu dada(Shodron) dan
2) di dalam dada(Shodron) itu Hati dan
3) di dalam Hati itu Fuad dan
4) di dalam Fuad itu Shaghof dan
5) di dalam Shaghof itu Lubbun dan
6) di dalam Lubbun itu Sirrun dan
7) di dalam Sirrun itu Aku(yakni di dalam Sirrun itu tempat tajalli Aku dan tempat ia mengenal akan daku)

Rezki makrifat dan hakikat...

Kata Sheikh Ibni Arabi;

Bermula tiap-tiap orang yang percaya ia daripada dalil maka tiada dapat dipegang pada Imannya kerana bahawasanya ia Nazhori, maka iaitu mendatangkan bagi kecederaan; bersalahan Iman yang Dhorori iaitu yang didapati dalam hati dan tiada boleh ditolakkan; dan demikian lagi tiap-tiap ilmu yang hasil daripada fikir dan nazhor maka ia Madkhul tiada sejahtera ia daripada masuk syubahat atasnya.

Keterangan Suluk

Ibni Arabi telah membahagikan keadaan Iman itu kepada dua bahagian iaitu;

1. Iman Nazhori (berdasarkan dalil akal dan penglihatan zhohir)
2. Imam Dhoruri (yang dicampakkan dalam hati secara langsung dari Allah)

Adapun perbezaan antara dua jenis Iman adalah tersangat jauh bezanya kerana Iman yang Nazhori itu adalah semata-mata dengan pengajian Ilmu Akal di mana untuk membuktikan wujudnya Allah ini, Alam ini digunakan sebagai dalilnya. Ada Alam ini menunjukkan adanya Allah yang menjadikannya.

Manakala Iman Dhorori pula adalah keyakinan kepada Wujudnya Allah tanpa sedikitpun Nazhor(tilik atau fikir) bahkan semata-mata keimanan yang dianugerahkan dalam hati secara langsung dari Allah tanpa sebarang usaha pengajian yang memerlukan bukti dan dalil. Malah Allahlah yang menjadi dalil pada wujudnya Alam ini.

Dengan demikian segala bentuk Ilmu Pengetahuan yang bersumberkan akal dan logik semata-mata tidak dapat lari dari Madqhul(ada penyakit/kecacatan)yang memungkinkan berlakunya kesalahan, kekeliruan, salah kefahaman atau berdasarkan atas gerakan nafsu syahwat yang halus lagi tersembunyi. Ilmu akal ini mungkin benar dan betulnya tetapi kesilapan boleh berlaku di mana-mana sahaja.

Seperti contohnya orang yang mengatakan Ada Alam ini menunjukkan adanya Allah. Jika ditanya "Jika tidak ada Alam ini maka adakah Allah juga tidak ada??". Inilah antara kerapuhan dan kecacatan atau penyakit yang ada pada Ilmu Yang Hasil dari fikir semata-mata..wa billahi taufiq wal hidayah.. wassalam.. (pengajaran alhikam)

ya allah....always be there...

Ya Allah
Kurniakanlah untukku cintaMu
Cinta hamba yang mencintaiMu
Jua cinta yang bisa mendekatkanku pada cintaMu

Ya Allah
Segala pemberianMu yang ku sayangi
Jadikanlah ia kekuatan bagiku untuk mencintaiMu
Segala yang Engkau pisahkan dariku
Sedang ia amat ku sayangi
Jadikanlah ia ruang untuk cintaMu dalam diriku

Ya Allah
Berilah kekuatan untuk mengutamakan cintaMu
Daripada cintaku pada mereka yang ku sayangi
Pada harta yang ku cari dan pada air dingin ketika ku dahaga

Ya Allah
Berilah daku kekuatan untuk mencintaiMu
Para malaikatMu, Nabi-nabiMu dan para solehin

Ya Allah
Hidupkanlah hatiku dengan cahaya cintaMu
Dan jadikanlah daku hambaMu yang Engkau cintai

Ya Allah
Berilah daku kekuatan untuk mencintaiMu
Sepenuh hatiku dan redha padaMu sentiasa akan segala usahaku
Amin Ya Rabbal A'lamin...

Allah hu'akbar..