Wednesday, December 22, 2010

Ibn Qayyim menghuraikan falsafah ekonomi Islam

Ibn Qayyim al-Jawziyyah (691/1292,751/1350) bukanlah tokoh yang asing dalam kalangan orang Islam, tetapi ramai yang tidak tahu pemikiran dan sumbangannya dalam falsafah ekonomi Islam. Ibn Qayyim banyak membincangkan tentang konsep kekayaan dan kemiskianan, ekonomi dan zakat, konsep faedah, riba al-fadl dan riba al-nasi�ah, dan mekanisme pasaran.

Ibn Qayyim atau nama asalnya Shams al-Din Abu `Abd Allah Muhammad b. Abu Bakr b. Sa'ad, lahir pada 7 Safar 691H bersamaan dengan 9 Januari 1292M di Damsyik. Beliau meninggal dunia pada tahun 751H/1350M di tempat yang sama. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan ilmu pengetahuan. Ayahnya merupakan guru pertama yang mengajar Ibn Qayyim tentang ilmu-ilmu asas Islam termasuk ilmu al-fara'id.

Sebenarnya, beliau telah menuntut pelbagai bidang pengajian dengan beberapa orang Ulama terkenal pada waktu remajanya. Antara guru beliau ialah Qadi Sulayman b. Hamzah (711H/1311M), Shaykh Abu Bakr (718H/1318M), al-Majd al-Tunisi (718 H), Abu al-Fath al-Ba'li (709H), al- Saffi al-Hindi (715H), al-Taqi al-Sulayman, Abu Bakr bin `Abd al-Da'im (718H), Abu Basr bin al-Shirazi (723H), `Isa al-Mut'im (719H), Isma`il Maktum (716H), dan Ibn Taymiyyah (661, 728/1263 ,1328).
Antara bidang pengajian yang dipelajari daripada mereka ialah Tafsir al-Quran, hadith, usul al-fiqh, dan fiqh. Kesungguhan dan ketekunan Ibn Qayyim mempelajari ilmu dan pelbagai bidang akhirnya menjadikan beliau terkenal sebagai seorang tokoh dalam bidang fiqh, usul al-fiqh, tafsir, bahasa Arab, ilmu kalam, dan hadis. Malah menurut Ibn `Imad, Ibn Qayyim merupakan seorang yang alim dalam bidang tasawuf.

Ibn Qayyim sangat terkenal sebagai seorang tokoh ilmuwan pada zamannya dan dapat mengusai pelbagai bidang ilmu. Beliau merupakan salah seorang faqih yang mempunyai autoriti dalam Mazhab Hambali. Ada sesetengah Ulama Sufi menggelarkannya sebagai sufi agong. Beliau juga mempunyai personaliti dan peribadi yang baik yang amat sukar ditandingi oleh orang lain yang semasa dengannya. Ibn Kathir (774H/1373M), salah seorang anak muridnya pernah menyatakan bahawa Ibn Qayyim seorang yang kuat beribadat dan peribadinya disukai oleh orang ramai pada waktu itu. Antara lain Ibn Kathir menulis,Aku tidak pernah melihat pada zaman kami ini, orang yang kuat beribadat seperti Ibn Qayyim. Apabila sembahyang, sembahyangnya begitu lama. Beliau memanjang rukuknya dan juga sujudnya.

Selaku seorang ulama yang terkenal, Ibn Qayyim telah didampingi oleh ramai orang yang berguru dan mempelajari pelbagai bidang ilmu dengannya. Antara anak-anak muridnya yang masyhur ialah Ibn Kathir tokoh dalam ilmu hadis dan sejarah, Zayn al-Din Ibn Rajab al- Hanbali (795H/1397M) seorang tokoh dalam Mazhab Hanbali, dan Ibn Hajar al-`Asqalani (852H/1449M) seorang tokoh hadis yang tidak asing lagi.

Menurut penyelidikan Dr. `Iwad Allah Jad Hijazi penulisan Ibn Qayyim dalam pelbagai bidang ilmu pengetahun berjumlah 66 buah. Penulisan itu ada yang berjilid-jilid, ada yang tebal dan ada yang kecil serta ringkas. Dalam bidang tafsir Ibn Qayyim menulis Kitab al-Tibyan fi Iqsam al-Qur�an, Tafsir al-Mu`awwizatayn, Tafsir Surah al-Fatihah yang terdapat di awal Kitab Madarij al-Salikin, dan lain-lain lagi.

Dalam bidang Hadis, Ibn Qayyim menulis Kitab-kitab seperti Tahdhib al-Sunan oleh Abu Dawud, al-Wabilal Sayyab min al-Kalam al-Tayyib, dan sebagainya. Dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh beliau menyumbangkan kitab-kitab seperti, I`lam al-Muwaqqi`in `an Rabb al-`Alamin, al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyysah al-Shar`iyyah, al-Solah wa Ahkam Tariqiha, Tuhfah al-Mawdud biAhkam al-Mawlud, Bayan al-Dalil `An Istighna� al-Musabaqah `an al-Tahlil, al-Tahlil Fima Yaaill wa Yaarum min Libas al-Harir, dan sebagainya.

Dalam bidang tasawuf Ibn Qayyim menulis yang antaranya, kitab-kitab Madarij al-Salikin, Rawdah al-Muhibbin wa Nuzhah al-Mushtaqin, al-Fawa'id li Ibn Qayyim, `Uddah al-Sabirin wa Dhakhirah al-Shakirin, Taraq al-Hijratayn wa Bab al-Sa`adatayn, dan sebagainya. Dalam bidang kalam dan falsafah Ibn Qayyim menulis beberapa kitab seperti, Shifa' a-`Alil fi Masail al-Qada' wa al-Qadar wa al-hikmah wa al-Ta`lil, Kitab al-Ruh, Hadi al-Arwah ila Bilad al-Afrah, dan Miftah dar al-Sa`adah wa Manshur Wilayah al-`Ilm wa al-Iradah. Dalam bidang Sejarah beliau menulis Kitab Zad al-Ma`ad fi Hady Khayr al-`Ibad. Ibn Qayyim juga menulis al-Tibb al-Nabawi, Talbis Iblis, al-Jawab al-Kafi `an Lima Sa'ala `An al-Dawa' al-Shafi, dan lain-lain lagi.

Ibn Qayyim dalam penulisannya juga telah menyentuh beberapa perkara berkenaan dengan falsafah ekonomi Islam iaitu konsep manusia Islam ('homo islamicus') dan manusia bukan ekonomi ('non homo economicus'), konsep keadilan dan nilai-nilai etika dalam ekonomi, aktiviti-aktiviti ekonomi, kerjasama dan pembahagian buruh, pemilikan harta kekayaan oleh individu, dan peranan kerajaan dalam ekonomi. Dalam hal ini, Ibn Qayyim menggariskan asas kepercayaan Islam bahawa setiap manusia bertanggungjawab membimbing diri sendiri ke arah menjadi hamba Allah yang baik dan Allah S.W.T merupakan sumber pedoman dan petunjuk.

Dalam pengajian ekonomi, manusia digambarkan sebagai manusia yang sifat, gelagat dan tindakannya mementingkan diri sendiri, tamak, haloba, dan menjadikan keuntungan sebagai asas penting dalam semua jenis aktiviti ekonomi. Jadi, setiap manusia bertanggungjawab terhadap perbuatannya dan Allah S.W.T menjadi pedoman dan petunjuk ke arah jalan yang betul.

Selain itu, Ibn Qayyim menekankan bahawa hidup di dunia ini merupakan ujian dan cubaan daripada Allah S.W.T. Ujian yang dikenakan kepada manusia itu boleh sama ada dalam bentuk anugerah harta kekayaan atau pun diberikan kehidupan yang susah. Anugerah kekayaan kepada seseorang tidak bermaksud Allah S.W.T sayang kepadanya. Demikian juga ujian kemiskinan tidak bermaksud Allah S.W.T benci kepada seseorang. Harta kekayaan yang dimiliki oleh manusia bukanlah bererti hidup ini penuh dengan kesenangan.

Ibn Qayyim juga ada menyentuh soal keadilan yang merupakan teras semua aspek dalam kehidupan. Menurut Ibn Qayyim, keadilan merupaka objektif dan matlamat utama Syariah. Hal ini demikian adalah kerana Syariah itu mengandungi keadilan, keberkatan, dan kebijaksanaan. Perkara yang bercanggah dengan keadilan akan menukarkan keberkatan dan kebajikan kepada laknat dan kejahatan, dan daripada kebijaksanaan kepada sesuatu yang tidak berfaedah kepada Syariah.

Sehubungan dengan itu Ibn Qayyim menjelaskan nilai-nilai etika yang baik seharusnya diamalkan oleh orang Islam dalam kegiatan ekonomi mereka. Antara nilai etika yang baik ialah kepatuhan kepada Allah SWT, ketaatan kepada agama, sifat baik, jujur, dan benar. Apabila nilai etika tersebut diamalkan dalam kehidupan seharian terutamanya dalam kegiatan ekonomi, akan menjauhkan nilai-nilai jahat seperti pembohongan, penipuan, dan korupsi.

Selanjutnya beliau menjelaskan bahawa akibat kepada sifat semula jadi yang suka berbohong akan menyebabkan kejayaan tidak tercapai dalam kehidupan. Apabila keadaan ini berlaku, kehidupan perekonomian akan cacat termasuk juga aspek-aspek lain dalam kehidupan. Dalam perkataan lain, pembohongan memberi impak yang besar dalam kehidupan orang-orang Islam.

Memandangkan akibat yang besar daripada ketidaktaatan dan kejahatan sosial, Ibn Qayyim ada menulis bahawa kesan-kesan dosa akan membawa kepada tidak baik dan dikutuk. Dosa-dosa ini mencacatkan jasad dan roh manusia yang merosakan kehidupan di dunia ini dan selepas mati.

Sifat-sifat yang negatif seperti pembohongan, penipuan, dan pengeksploitasian serta ketidakjujuran mendorong kepada keadaan yang tidak tenteram dalam kehidupan masyarakat. Akan berlaku huru-hara, kecurigaan, ketidakstabilan, dan kekecewaan dalam kalangan masyarakat. Apabila semua perkara ini berlaku, kegiatan ekonomi akan menguncup.

Sebaliknya nilai-nilai etika yang yang di amalkan dalam masyarakat akan menyuburkan suasana keyakinan dan jaminan keselamatan dalam masyarakat. Pada masa yang sama, masyarakat akan bekerjasama dalam proses pengeluaran dan kestabilan ekonomi. Dalam perkataan lain pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan akan meningkat, dan masyarakat akan hidup mewah.

Selain itu, Ibn Qayyim menganjurkan campur tangan kerajaan dalam pemilikan harta kekayaan individu jika individu berkenaan menggunakan harta kekayaan berkenaan pada jalan yang bertentangan dengan faedah masyarakat. Dalam hubungan ini, Ibn Qayyim telah memetik sepotong hadith Rasulullah s.a.w. mengenai seorang hamba (harta) yang dimiliki bersama oleh beberapa rakan kongsi (tuan) yang hendak dibebaskan oleh salah seorang daripada tuannya, sedangkan tuan-tuan yang lain tidak bersetuju dengan pembebasan tersebut.

Dalam kes ini Rasulullah s.a.w. memutuskan harga yang adil dan rakan-rakan kongsi yang lain diminta menerima bahagian masing-masing. Selepas itu, hamba berkenaan telah dibebaskan. Hadith ini menjadi asas pada Ibn Qayyim dalam menentukan peraturan bahawa sesuatu harta yang yang tidak boleh dibahagikan dan dimiliki bersama boleh dijual jika salah seorang daripada para pemiliknya berhasrat untuk menjualnya.

Jelas, beberapa aspek dalam falsafah ekonomi Islam yang dihuraikan oleh Ibn Qayyim tersebut merupakan antara prinsip dan teras ekonomi Islam yang membezakannya dengan falsafah ekonomi konvensional.

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

Saturday, October 2, 2010

Saat Akhir kewafatan Rasullulah S.A.W

Bacalah kisah ini sehingga ke penghujungnya. Semoga kita semua mendapat syafaat dari Baginda di akhirat kelak.

Bismillahirahmanirahim,

Dari Ibnu Mas’ud r.a., bahawasanya dia berkata: “Ketika ajal Rasulullah (s.a.w) sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aishah r.a

Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda: Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.”

“Allah berfirman: Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.”

Kemudian kami bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila.”

Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah?”

Rasulullah menjawab: “Salah seorang ahli bait.”

Kami bertanya: “Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.”

Kami bertanya: “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?” Kami menangis dan Rasulullah saw pun turut menangis.

Kemudian baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku. Kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya.

Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.”

Semenjak hari itu, Rasulullah saw bertambah sakitnya yang ditanggungnya selama 18 hari. Setiap hari, ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, disaat baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Sehari menjelang baginda wafat, penyakit Baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, dia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?”

Kemudian dia berkata lagi: “Assolah yarhamukallah.”

Fatimah menjawab: “Rasulullah dalam keadaan sakit.”

Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid. Tatkala bumi terang disinari matahari, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu dia berkata seperti perkataan yang tadi.

Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh dia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk,

Rasulullah saw bersabda: “Saya sekarang berada dalam keadaan sakit. Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat.”

Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: “Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?” Kemudian dia memasuki masjid dan memberitahu Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar r.a. melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, dia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu dia menjerit dan akhirnya dia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah saw.

Baginda bertanya: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu?”

Siti Fatimah menjawab: “Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah saw tidak ada bersama mereka.”

Kemudian Rasulullah saw memanggil Ali bin Abi Talib dan Abbas r.a. Sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat.

Setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: “Ya ma aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah. Sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua, setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”

Pada hari esoknya iaitu pada hari Isnin, Allah s.w.t mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya dia turun menemui Rasulullah saw dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah saw dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah s.a.w tidak mengizinkannya, dia tidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali sahaja.

Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah S.W.T. Dia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah s.a.w,

Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!”

Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.”

Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?”

Akhirnya Rasulullah saw mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang ada di muka pintu itu?”

Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan”

Rasulullah saw bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?”

Fatimah menjawab: “Tidak wahai baginda.”

Lalu Rasulullah saw menjelaskan: “Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.”

Kemudian Rasulullah saw bersabda: “Masuklah, wahai Malaikat Maut.”

Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan: “Assalamualaika ya Rasulullah.”

Rasulullah saw pun menjawab: “Waalaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?”

Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya akan pulang.”

Rasulullah saw bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?”

Jawab Malaikat Maut: “Saya tinggalkan dia di langit dunia.”

Baru sahaja Malaikat Maut selesai berbicara, Jibril a.s. datang lalu duduk di samping Rasulullah saw.

Maka bersabdalah Rasulullah saw: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?”

Jibril menjawab: “Ya, wahai kekasih Allah.”

Seterusnya Rasulullah saw bersabda: “Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?”

Jibril pun menjawab: “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.”

Baginda saw bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?”

Jibril menjawab lagi: “Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.”

Baginda saw bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?”

Jibril menjawab: “Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”

Kemudian Rasulullah saw bersabda: “Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku.”

Jibril a.s. bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?”

Rasulullah saw menjawab: “Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?”

Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.”

Maka berkatalah Rasulullah saw: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku.”

Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw.

Ali r.a. bertanya: “Wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?”

Rasulullah menjawab: “Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.”

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.”

Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.

Lalu Rasulullah saw bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?”

Jibril menjawab: “Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?”

Akhirnya roh yang mulia itu meninggalkan jasad Rasulullah saw.

Marilah kita sebagai umat baginda bersama-sama berselawat keatas baginda Rasullulah s.a.w

Wednesday, September 15, 2010

AWAS: Perangkap anak-anak perempuan Islam

AWAS: Perangkap anak-anak perempuan IslamAwas perangkap anak-anak perempuan Islam
MUJAHID304 menulis "Pada hari Sabtu (22/07/2006) yang lalu, saya telah berkesempatan mengikuti satu sessi "Ceramah Keibubapaan" di sekolah menengah agama berasrama penuh dimana dua orang anak perempuan saya bersekolah. Penceramah jemputan yang pihak PIBG sekolah jemput adalah Dr. Rubiah Kulup Hamzah. Selain menjadi penceramah motivasi, Dr. Rubiah juga adalah pensyarah part-time di UM, UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakkan NGO Islam. Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan, iaitu isu "Murtad" dan "Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan"
PERANCANGAN
Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yang lain, pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan"Dunia Hiburan" dan "Dunia Sukan" sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai "Perangkap" yang digunakan oleh pihak kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua. Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.MEMIKAT
Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagai teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah, sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja. Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, samada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga. Kemudian, mereka akan berlakon seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adakah "Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?", "Di dalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak", "Saya tertarik dengan tingkah laku awak". "Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi" Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka kristian ini apabila si jejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.PERANGKAP
Apabila si jejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu "gentleman" sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain. Pendek kata, sepanjang persabatan mereka, cubaan "ringan-ringan" pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibubapa. Satelah kian lama bersama serta mendapati sigadis telah mula ada perasaan cinta, si jejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan "langkah sebenarnya" yang pertama. Apabila si gadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga si gadis TerNODA. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.DILEMA
Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya. Sebab bagi si jejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benar mengena apabila si gadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, si jejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Si jejaka kononnya akan bertanggungjawap di atas perbuatan mereka seraya berkata "Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama" Seterusnya kata si jejaka "Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara. Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa. Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak di luar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya"
Kata si jejaka lagi "Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan di hadapan paderi di gereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam) yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita" Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.MURTAD
Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) di pejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.
Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya mendapat 2 juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan umat melayu Islam bagi menghalang usaha mereka, adalah sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasan mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan demi alasan diterima???hinggalah satu masa nanti saudara mara terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu mangsa.
Adalah diharap, satelah perhimpunan di Masjid Wilayah, Ahad yang lalu (23/07/06), lebih 2 juta tanda tangan telah berjaya diterima. Dimanakah semangat kita? Kita belum lagi diperlukan untuk mengangkat senjata. Maka, marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling tenaga agar gejala ini tidak terus melanda agama dan negara.DOA
"Doa adalah senjata para mukmin". Satelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana. Amin??Ya Rabbil A'lamin.LAYARILAH BLOG KAMI DI:-
www.jasindaily.blogspot.com

Saturday, September 4, 2010

Are women can read it...???


Copied from a friend's email:


Dalam hal ni boleh rujuk buku '" Darah Wanita, Pandangan Ulamak dan Pakar Perubatan" oleh Ustazah Anisah Ab. Ghani.

Sila rujuk dalam mukasurat 99 dan 100.

1. Mazhab Shafi'e, Ahmad dan Hanafi berpendapat wanita haid dan nifas HARAM membaca Al Quran. Mereka berhujah dengan hadis riwayat Ibnu Umar r.a.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: maksudnya " Janganlah orang yg berhaid dan berjunub itu membaca sesuatu daripada Al-Quraan". (At-Tirmidzi [131] dan lainnya). Terjemahan ini ana merujuk kepada Kitab Fikh Mazhab Syafie- Jilid 1 m/s 82, Pustaka Salam.

2. Mazhab Maliki dan Ibnu Taimiyyah berpendapat wanita haid HARUS membaca al-Quraan. Antara hujah mereka ialah:

a] Hadis yang di pegang oleh fuqaha' yang mengatakan hukum HARAM membaca al-Quran bagi wanita haid iaitu hadis riwayat Ibnu Umar seperti di atas adalah dhaif. Oleh itu hukum haram membaca al-Quran bagi wanita haid tidak ada dalam sunnah yang sahih.

b] Wanita pada zaman Rasulllah s.a.w. juga didatangi haid. Jika membaca al-Quran hukumnya haram ke atas mereka sebagaimana menunaikan solat, sudah tentu Rasulullah s.a.w. menerangkan hukumnya dan mengajar isteri-isterinya sebagaimana baginda menerangkan hukum menunaikan solat dan puasa bagi wanita haid. Sedang hukum ini ( haram membaca al-Quran) tidak pernah dinukilkan daripada Rasulullah s.a.w. Oleh kerana hukum haram membaca al-Quran bagi wanita haid tidak pernah diterangkan oeh Rasulullah s.a.w., sedangkan wanita sentiasa didatangi haid sejak dulu. Ini menunjukkan Rsulullah s.a.w tidak mengharamkan pembacaan al-Quran di kalangan wanita haid.



English sources:

http://forums.islamicawakening.com/showthread.php?t=2000

Recitation of the Quran During Menses and Post Natal Bleeding

First of all, the Shariah deals with the sexually defiled and menstruating women in very different matters and ways. There are lots of differences between them:

1. The sexually defiled (impure) can at any time he wishes remove that state. He/she can make ghusl (wash) if there is no water then tayammum.

2. Menstruating woman can not do such, she is in that state for as long as Allah (SWT) wills, until her period comes to an end.

Recitiation of the Quran by menstruating and post-partum bleeding women has been made permissible by the Malikis, Shafis, Hanbalis, Abu Hanifa and a number of other scholars. The proof being:

1. Hadith of Bukhari and Muslim concerning the Eid prayer. Narrated Umm `Atiya (RA):

"I heard Allah's Messenger (SAW) that the unmarried virgins and the mature girls and the menstruating women should come out and participate in the good deeds as well as invocations of faithful believers but the menstruating women should keep away from the Musalla - praying place [Salat (prayers)]. Someone asked (Umm `Atiya) (surprisingly) , "Do you say the menstruating women?" She replied, "Doesn't a menstruating woman attend `Arafat (Hajj) and such and such (other deeds)?"

Takbeer is a type of remembrance of Allah (SWT) an supplication is not any different from dhikr.

2. Hadith of Bukhari regarding Aisha (RA) when she got her menses on the way to Mecca. Narrated `Aisha (RA):

"We set out with the sole intention of performing Hajj and when we reached Sarif, (11 k.m. from Makka) I got my menses. Allah's Messenger (SAW) came to me while I was weeping. He said "What is the matter with you? Have you got your menses? I replied, "Yes." He said, "This is a thing Allah (SWT) has ordained for the daughters of Adam. So do what all the pilgrims do with the exception of Tawaf (Circumambulation) round the Ka'bah." `Aisha (RA), added, "Allah's Messenger (SAW) sacrificed cows on behalf of his wives."

Pilgrims make dhikr and read Quran. There was no objection from the Prophet (SAW) and he (SAW) actually "told" Aisha (RA) to do so.

3. Another reason being hardship. A woman might forget what she memorized.

So therefore if there is no text forbidding such an act, one can not conclude that the act is not allowable. The burden of proof is on those who claim that such women can not recite the Quran, and they offer no clear or direct proof.

There is no harm whatsoever in a menstruating woman or post-partum bleeding woman reciting the Quran from their memory without actually touching the Quran.


Touching The Quran During Menstruation and Post-Partum Bleeding

The most often quoted evidences, is an Ayat from the Quran:

"…none can touch but those who are pure…" (Al-Waqi'a 56:79)

A common mistake, is people taking verses and applying it to a particular Fiqh (point). Yet when you study the verse in more detail you will find, in fact, it is not related to the point whatsoever.

"That (this) is indeed an honorable recital (the NobleQuran). In a Book well-guarded (with Allah in the heaven i.e. Al-Lauh Al-Mahfuz). Which (that Book with Allah) none can touch but those who are pure from sins (i.e. the angels). A Revelation (this Quran) from the Lord of the `Alamin (mankind, jinns and all that exists). (Al-Waqi'a 56:77-80)

Put into context this Ayat refers to "…a Book well-guarded, " and this means a Book with Allah (SWT). It is not talking about the physical Quran we have in our presence here.

Ibn Abbas (RA) and others, along with the early scholars, agree that this verse is not talking about the Quran that we have in our hands. A Book well-guarded refers to something that is hidden (Maknoon). It is not referring to the Quran we have in our presence. Early scholars all agree to this conclusion.

"...In a Book well-guarded (with Allah in the heaven i.e. Al-Lauh Al-Mahfuz)." (Al-Waqi'a 56:78)

According to the Tafsir of Tabari and Kathir and also according to Jamal al-deen al-Qasami, this Ayat is not in reference to humans having to be free from impurities.

"Which (that Book with Allah) none can touch but those who are pure from sins (i.e. the angels)." (Al-Waqi'a 56:79)

This verse in reference to the Angels and not mankind. In a Hadith narrated by Abu Hurairah (RA), the Prophet (SAW) states, "a believer never becomes impure."

"The Prophet (SAW) came across me in one of the streets of Medina and at that time I was Janab. So I slipped away from him and went to take a bath. On my return the Prophet said, "O Abu Hurairah! Where have you been?" I replied, "I was Janab, so I disliked to sit in your company." The Prophet said, "Subhan Allah! A believer never becomes impure." (Sahih Bukhari)

There are four possible meanings of Taher (pure) in this Hadith:

1. specifically it means "pure."
2. free from major impurity where it is necessary to make ghusl.
3. free from minor impurity where it is necessary to make wudu.
4. no impurities on physical body

What does Taher mean in this Hadith? How we determine what it means is we look at other evidences that relate.

Evidences

1. A letter sent to the Emperor of Rome by the Prophet (SAW). The Prophet (SAW) had good reason to believe that the Emperor would touch it. Some will argue that a piece of paper is not Quran so this may not be such a strong argument.

2. In Sahih Muslim the Hadith about when Aisha (RA) was sent, by The Prophet (SAW), to go into the Masjid to get a mat. The Prophet (SAW) said to Aisha (RA), "Menstruation is not in your hands." A woman's touch can not be considered impure even while on menses.

"The Messenger of Allah (SAW) said to me: Get me the mat from the mosque. I said: I am menstruating. Upon this he remarked: 'Your menstruation is not in your hands.'" (Sahih Muslim)

1. Hadith that states, "A believer does not become impure." A clear text by The Prophet (SAW). A believer is considered Taher under ALL circumstances. Therefore, believer in this Hadith means Taher. The only one who should touch the Quran is a believer (i.e. A Muslim).

2. Take the Ayat: "None can touch but those who are pure (Taher)." There is no record whatsoever of Prophet (SAW) telling believers not to touch Qu'ran.

Therefore, Taher means believer (Muslim).

There is NO evidence whatsoever that says that a woman who is on her period or a woman who is having post-natal bleeding that she can not touch the Quran. This is a minority opinion, however it is the strongest opinion.

A WOMAN WHO IS ON HER PERIOD MAY RECITE THE QURAN AND A WOMAN WHO IS ON HER PERIOD MAY EVEN TOUCH THE QURAN AND READ IT DIRECTLY FROM A MUSAF (ARABIC). THIS IS A MINORITY OPINION YET IT IS THE STRONGEST OPINION.

There is no evidence to the contrary and the burden of evidence is upon those who say that such women are not allowed to touch or recite the Quran.

The scholars who say the Quran is forbidden to touch in the state of menses and post-partum bleeding, quote a weak Hadith which has in it's chain a person declared a liar by the scholars of Hadith.

"Neither the menstruating woman nor the sexually defiled person is to recite anything from the Qu'ran."

Information from "Fiqh Rulings on Women's Issues" a lecture by Jamaal Al-Din Zarabozo


Reading the Quran During Menses

There is no prohibition from the Prophet Muhammad (SAW) prohibiting a woman from reading the Quran in the state of her menses.

There is no prohibition. The Prophet Muhammad (SAW) did not prohibit it. All we have is the statement of the Prophet Muhammad (SAW) that he used to recite the Quran under all conditions except when he was in a state of Janaba that is after having sexual intercourse when it was necessary for him to take a bath.

This is the basis, this is the foundation, from which all of these different opinions are derived. So, some scholars made a comparison between this state of Janaba with that of menses. But of course, they are not the same because the state of Janaba you can remove by merely washing yourself. Taking a bath your state is over. Now you can now read the Quran. Whereas in the state of menses, a woman can not just wash herself then go and read. She is still in that state of menses.

If we are dealing now with the translation of the Quran, translations of the meanings of the Quran, then all this is of NO importance at all because translations of the Quran are not considered to be Quran. So no matter what state you are in, you can read it, you can pick it up, you can touch it, there is no problem at all because the Quran that we have, even if the Arabic text is there too, is still not considered Quran.

The general position which is held in determining what is considered Quran and what is not, is that whenever the words of other than Allah (SWT), in a given text, is more than the words of Allah (SWT), that text is no longer considered Quran because Quran refers to a single verse if we take a verse of Quran by itself this is called Quran also. But if there comes along with this verse, other words, you have given an explanation of it which is more than what constitutes the verse, then this is no longer considered Quran.

This is the juice from the fact, that Prophet Muhammad (SAW) sent messages to the kings of Bizantium and Persia, etc. which had verses of Quran in it. He (SAW) knew full well that these people were going to be in a state of Janaba, that they were kafr and that they would probably tear it up, maybe step on it or whatever.

So we know that it is permissible that once the words of Allah (SWT) are drowned out by the words of other than Allah (SWT), which is the case of the translations of the Quran, then in such case this is not considered to be Quran and as such it is perfectly allowable for a woman to read it under any state.

Information from "Duties of a Muslim Husband" a lecture by Shaikh Abu-Ameenah Bilal Phillips

other source:
http://www.islamqa.com/index.php?ref=5048&ln=eng&txt=recite%20period

Sunday, August 1, 2010

Bila Al-Quran boleh berbicara.......... ..

Waktu engkau masih kanak-kanak...
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lembut atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa...
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin Aku bahan bacaan yang tidak menambah
pengetahuanmu
Atau, menurutmu Aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji...
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku engkau anggap hanya sebagai penghuni setormu.

Kadang-kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian,
kesepian Di dalam almari, di dalam laci, Aku engkau pendamkan.
Dulu... pagi-pagi... surah-surah yang ada padaku engkau baca
beberapa halaman
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau...

Sekarang... seawal pagi sambil minum kopi... engkau baca surat
khabar dahulu. Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia Sedangkan
Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla, Engkau
abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun engkau lupakan Aku. pembuka
surah-surahku (Bismillah)
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesen radio
kesukaanmu..Ialah.. Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulakan
kerjamu. Di komputermu pun kau putar muzik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir
melupakanku


Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau sanggup duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu..
Aku semakin kusam dalam laci-lacimu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulanmu



TAHUKAH ENGKAU�..Wahai sahabatku


Bila engkau di kubur engkau bersendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolongmu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu senang membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya...
kubur yang setia menunggumu...
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti...
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Kau Peganglah Aku kembali. bacalah aku kembali setiap hari
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari laci, almari mu...
Letakkan Aku selalu di depan meja kerjamu
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku...
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampung halamanmu yang damai
Jangan Aku engkau biarkan sendiri...
Dalam bisu dan sepi...kelak engkau yang rugi

Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah ( oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Ustaz menjawab.Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari.. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi gadis-gadis yang lain. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.
Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?
Tidak juga.

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan?
Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.
Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya.
Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka.
Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan..
Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki.
Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan?
Barulah bidadari lain tak kacau daun

Betul?
Tapi adakah anda pasti?
Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;
Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah saw,Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih.au kama qaal
Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.
Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.. mungkin itu jawapan seorang wanita.
Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga... (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?
Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. Ketua! Biar kami pula ambil alih! ..mungkin itu yang mereka kata.
Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku! Mungkin ada wanita yang berfikir begini.
Izinkan saya bertanya lagi; Tak nak pergi shopping ke?; )
Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?
Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu pasar di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di pasar syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.
Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh produkyang dipamerkan, niatkan Aku mahu yang ini!; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.
Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?
Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.
Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak search apa, sampai termenung di depan super komputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.
Maka di pasar syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam rekabentuk terbaru latest design
kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Tuesday, June 29, 2010

MUKTAMAR SANAWI KE 38 ABIM
























1. Forum Perdana (Pembinaan Generasi Baru Umat Islam : Mengambil Iktibar Dari Generasi Salahuddin Al Ayubi)

Tarikh :31 Julai 2009 bersamaan 9 Syaaban 1430H (Jumaat)

Masa :9:00 malam

Tempat :Dewan Seminar Masjid Negeri, Shah Alam


Panelis :Profesor Dr Sidek Baba dan Profesor Dr Razali Nawaw

Moderator :Sdr Syed Munawar Syed Mustar

Sasaran :Terbuka kepada individu yang berminat

Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Muszaki di talian 019-266 1772

*PENYERTAAN adalah percuma.


3. Malam Aspirasi Generasi Salahuddin : "PIDATO PERDANA"

Tarikh : 01 Ogos 2009 bersamaan 10 Syaaban 1430H (Sabtu)

Masa : 8:45 malam

Tempat : Masjid Negeri, Shah Alam

Pemidato Khas : AL- Fadhil Tuan Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al- Maliki, Ahli Majlis
Agama Islam dan MAjlis Fatwa Negeri Sembilan


Sasaran : Terbuka kepada individu yang berminat

*PENYERTAAN adalah percuma.


2. Seminar Tajdid Generasi & Gerakan Dakwah : " Menangani Kemelut Sosio-Politik Ummah Menerusi Manhaj Ilmiah"

Tarikh : 01 Ogos 2009 bersamaan 10 Syaaban 1430H (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Dewan Besar Universiti Industri Selangor (UNISEL), Shah Alam

dikenakan yuran mengikut kadar tertentu.


4. IKRAK 2009 (Ikatan Kreatif Anak-Anak ABIM PKPIM)
Program untuk remaja berusia 15 tahun ke bawah terutama kepada anak-anak ahli ABIM. Akan diadakan selama 2 hari
.Terbuka kepada sejumlah 80 penyertaan sahaja dengan yuran RM60.00 seorang dengan pelbagai program telah disusun sesuai mengikut tahap umur peserta.

Wednesday, June 16, 2010

Kelemahan hadis mengusap muka selepas selesai berdoa & selepas selesai solat.


Mengusap muka setelah selesai berdoa dan setelah selesai solat bukan datangnya dari Nabi s.a.w kerana banyak hadis-hadis tentang adanya hal itu telah dilemahkan oleh ulama-ulama hadis.Yang sahih dari Nabi s.a.w ialah baginda mengangkat tangannya dan pada masa tertentu baginda tidak mengangkatnya.Mengamalkan mengusap muka setelah selesai berdoa dan solat bukanlah dari ajaran Nabi s.a.w. dan tidak perlu kita memandai lebih daripada baginda.

Dari Ibnu Abbas ra.,dia berkata,Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Apabila engkau meminta kepada Allah,maka hendaklah engkau berdoa dengan kedua tapak tanganmu dan janganlah engkau berdoa dengan kedua punggung(tapak tangan). Apabila engkau telah selesai berdoa, maka usaplah mukamu dengan kedua tapak tanganmu.”

[H.R. Ibnu Majah-daif/lemah]

Dari Saaib bin Yazid dari ayahnya, “Bahwasanya Nabi s.a.w apabila berdoa mengangkat kedua tangannya.Baginda mengusap mukanya dengan kedua tangannya(setelah selesai berdoa”

[H.R. Abu Daud-daif/lemah]

Dari Ibnu Khattab,katanya:

“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila mengangkat kedua tangannya waktu berdoa baginda tidak turunkan kedua(tangan) itu sehingga baginda mengusap mukanya lebih dahulu dengan kedua tangannya.”

[H.R. At-Tirmidzi-sangat daif/lemah]

Kata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah:

“Adapun tentang Nabi s.a.w mengangkat kedua tangannya masa berdoa maka sesungguhnya telah datang padanya hadis-hadis yang sahih banyak. Sedangkan tentang baginda mengusap mukanya dengan kedua tangannya,maka tidak ada padanya kecuali satu-dua hadis yang tidak dapat dijadikan hujah dengan keduanya.

Dari Malik bin Yasar,telah bersabda Nabi s.a.w:

“Apabila kamu meminta kepada Allah, maka mintalah kepada-Nya dengan tapak tanganmu dan janganlah memminta kepada-Nya dengan punggung(tangan)”

[H.R. Abu Daud-sahih]

Kata Ibnu Abbas ra. :

“Permintaan itu iaitu engkau mengangkat kedua tanganmu setentang dengan kedua bahumu.”

[H.R. Abu Daud]

Sunday, June 6, 2010

Atasi marah & panas baran ..

Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.

Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring. (Riwayat Muslim)

2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk(Hadis Riwayat Abi Daud) .

3.Minum air.

4.Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.

5.Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

6.Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
7.Berfikiran positif.

8.Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.

9.Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10.Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

Wallahualam.

~ PETIKAN DARI KIRIMAN EMAIL.....

SILA BACA SAAT2 KAWAN SAYA MEMANDIKAN JENAZAH DI SALAH SEBUAH HOSPITAL...

memang BENAR kita kena bersihkan

badan dan najis nye... tapi bukan dengan aurat yang terbuka...

saya takut orangramai salah faham.. bila baca citer di atas tu...

>>>>>>>>Pengalaman sebenar memandikan jenazah

Sebenarnya saya sgt penakut... sejak kecil hinggalah dah menghampiri usia senja.,,,

Takut saya memang tak bertempat... dengar muzik seram pun saya tak boleh....

Takut gila orang kata... kalau kena sergah pun boleh lemah kepala lutut....

Apa lagi nak tengok cite hantu... eehh tak sanggup saya ... nanti tak tidur malam

berbulan2...

yang pasti kalau pegi hospital saya memang tak nak tengok pun sign board

"RUMAH MAYAT". Seram dibuatnya.. macam2 yang saya bayangkan...kalau boleh lalu jalan lain lagi baik...

Baru-baru ini surau kawasan saya ada menganjurkan kursus pengurusan jenazah untuk penduduk setempat.

Saya turut mendaftar dengan niat untuk belajar dan mendapatkan ilmu. Selama ni,, tengok orang2 tua je
ambil kursus ni,,, tapi sedar tak sedar kita pun dah tua... kena juga ambil tahu pasal FARDU KIFAYAH ni...

Ingatkan kursus tu dengar ceramah dan buat demo je... masa tu tak rasa apa2 pun... sebab yang kena bungkus
tu pun kekawan sendiri...

Bila dah tamat kursus tu... tak sangka pula Ustazah mempelawa sesiapa yang berminat untuk menguruskan
jenazah sebenar (tanpa waris) di hospital yang tertentu..

Ramai yang tak sanggup ... sbb kita sendiri tak tahu macamana dan siapa yang akan kita uruskan... semuanya
bagi komen negative..

Tengok kkawan yang bagi nama.... Saya berada di persimpangan.. nak ke?? Suara2 negative terus
kedengaran... isshh macam2 dia orang dok mengomel....

Sanggup ke?? Issh... seumur hidup saya tak pernah mengadap atau membantu kerja2 kematian. Kalau ada
kematian ahli keluarga pun saya tiba selepas semuanya selesai... maklumlah kampong kita nun jauh di
sana.... macamana eekk...

Aahh... peduli lah orang nak cakap apa... ikut gerak hati lebih baik....bagi je lah nama..

genap seminggu jiran saya terima call, peluang untuk menguruskan jenazah tanpa waris...di sebuah hospital.
saya tak mahu fikir yang bukan2... terus bagi jawapan YA....

Ya allah kuatkan hati ku... aku ini sangat lemah... aku sangat takut... sempat juga saya minta tip dan
pantang larang dalam menguruskan jenazah dari kkawan yang senior.. allahamdulillah ada juga kawan2 yang
berpengalaman bagi sokongan..

Hari yang ditunggu sudah tiba.. sebelum keluar rumah saya solat hajat 2 rakaat semuga tuhan beri kekuatan
dan ketenangan pada saya...

Tiba di lokasi.... Ada 3 orang dari jabatan agama sudah menanti. Pertama kali memasuki bilik persiapan
jenazah.. fikiran kosong... yang saya nampak kain kapan yang sudah siap dipotong... surah yasin.. tempat
pemandian jenazah yang masih kosong...saya minta diri ke bilik air... bila kembali ke bilik tersebut...
jenazah sudah berada di depan mata.... saya mengigil pertama kali melihat jenazah berbalut kain putih di
hadapan mata....dan mencium bau mayat buat pertama kalinya...
apa lagi mayat yang entah berapa lama disimpan.....
maklumlah tiada waris yang menuntut dan kita pun tidak dibagitau camana dia meninggal atau di jumpai...

Perasaan takut mula menerpa... serbasalah dibuatnya....kenapa aku berada di sini... suasana terasa amat
asing....... Sebelah kaki melangkah ke depan... sebelah lagi mahu lari jauh-jauh... tapi bila melihat
semuanya memulakan tugas dengan senyuman sedikit demi sedikit perasaan gementar hilang...

Saya tak dapat bayangkan, bila kain putih dibuka nanti... macamana rupa jenazah itu... tiada tempat untuk
saya melarikan pandangan lagi...Ya Allah kuatkan hati sehingga selesai tugasan ini....

Nasib baik ada seorang gadis yang lebih muda dan lebih berpengalaman menguruskan jenazah dari saya ada di
situ... malu gak kalau ... alih2
kita pula yang melompat keluar...

Bila kerja memandikan jenazah dimulakan.. saya berdiri di belakang sedikit... dan mula melihat kearah
hujung kaki jenazah... dari situ saya mula mengumpul kekuatan untuk membantu ..... dan kuatkan hati untuk
menatap wajah jenazah.... ALLAHAMDULILLAH... bila saat mengiring dan membasuh muka jenazah saya sudah
hilang gementar... saya hanya berselawat dan berdoa semoga dosa2 simati diampunkan... selesai dimandikan,
jenazah diwudukkan kemudian dikapankan sebaik mungkin... tugas saya sudah selesai.....

PENTING... SEPANJANG MEMANDIKAN JENAZAH SELURUH BADAN DITUTUP DENGAN KAIN PUTIH (KAIN MANDI JENAZAH)..
TEMPAT2 SENSITIF HANYA SORANG SAJA YANG MENGURUSKAN... SO JANGAN INGAT KITA BOLEH SESUKA HATI NK TENGOK
PART2 SECRET.

INGAT.. MENJAGA AURAT/AIB SI MATI SAMALAH KETIKA MEREKA HIDUP DI ATAS DUNIA...

saya kembali ke rumah dengan mengucapkan syukur pada Allah dengan bersolat sunat kerana menguatkan hati
sepanjang tugasan ini. Bila malam perasaan takut menerpa lagi, takut diganggu mimpi atau bayangan yang
bukan2... tapi syukur selepas beberapa hari semuanya selamat.

Selepas peristiwa itu, perpersi saya terhadap kematian sudah berubah...kenapa kita sangat takut dengan
mayat.... Sebenarnya kita tak takut dengan mayat...tapi kita mula mengasingkan orang yang pernah kita
sayangi...sanjungi.. hormati... bila kematian menjemput!!!! Kita anggap orang yang mati akan bertukar
menjadi hantu... yang akan menganggu hidup kita...wajah orang yang mati pun kita tak sanggup tengok,,,
pada kita wajah orang mati menakutkan dan mengerikan ,, kesian lah kat orang yang mati tu... hormatilah
jenazah sebagaimana kita menghormati dia ketika hidup...yang pasti orang yang mati tidak memberi mudarat
pada kita yang hidup...

Yang banyak terjadi ialah gangguan syaitan, lebih2 ketika saat kematian dan selepasnya. Bacalah ayat
kursi untuk pendinding dari syaitan.

Mungkin ada yang tak tahu kenapa mata mayat terbuka dan mulut ternganga...yang tak tahu macam saya mesti
fikir yang bukan2 pasal simati..

Yang sebenarnya mata yang terbuka... mulut yang ternganga selepas kematian adalah kerna mengikut ROH nya
keluar..........

Bukan kempunan tak dapat makan ke,,, tak dpt jupe orang tersayang ke ... atau apa saja yang kita fikirkan
sebelum ini....

usah lah kita menghina cacat cela atau bau yang kurang enak pada simati... kita sendiri pun tak pasti
macamana keadaan kita bila mati nanti... mati sakit ke??? Mati tua ke??? Mati accident ke??? Mati lemas
ke???? Yang pasti walau macamana cara pun kita dimatikan... hanya amalan yang jadi bekalan... bukan paras
rupa dan harta benda yang dibawa... hanya kain putih yang membaluti tubuh ...

orang yang mati pun punya maruah dan aurat untuk dijaga. Jangan sekali2 membuka aurat simati jika tidak
diperlukan...apa lagi bercerita tentang cacat cela semasa hidup atau mati,,,

sementara hidup ... hiasi lah wajah kita dengan wuduk yang sempurna sepanjang masa, basahi lah lidah kita
dengan zikirullah... ikhlaskan hati ketika membuat perkara2 yang baik.... Rajin-rajin lah bersolat
malam... untuk menerangi alam kubur. Saya berpesan untuk diri saya sendiri dan kekawan yang disayangi.

Yang pasti... yang kita takut ialah kematian....bukan mayat... sebab bila kita mati kita pun akan jadi
mayat... kita pun memerlukan orang yang hidup menguruskan kita hingga ke tanah perkuburan. apa perasaan
kita kalau tak ada orang uruskan jenazah ahli keluarga kita kononnya takut terkena badi mayat...atau tak
tahu langsung cara2 menguruskan jenazah...

Syukur pada Allah kerana masih memanjangkan umur kita hingga ke hari ini... bertaubatlah... beramal lah
sebanyak dan sebaik mungkin...untuk bekalan dihari yang tiada lagi jual beli dan tebusan!!!!

Yang baik itu dari ALLAH... salah dan silap itu dari kelemahan saya sendri... ini hanya lah secebis
pengalaman peribadi untuk dikongsi...peringatan bagi diri saya sendiri!!

Saturday, May 22, 2010

Titik Permulaan Punca Rezki ana...

bismillahirrahmannirahim.........................
pkul 5.54 bgn awl.... terdengar sayup2 suara orang melaungkan azan..,ana bangun dengan mata yang tertutup,berat badan nak bangun.. sebab tido pun lewat..,ana bersiap2 terus solat...
kemudian mata pun layu blk...huhuhu.. biaselah ari sabtu,hujung minggu macam nie masa nak "beristirehat..."
ana tertido blk sampai pkul 9pg ana tersedar... cahaya panas matahari buat ana terasa bahang sangat..,maklumlah ana tertido dekat ruang tamu..,
ana bersiap2 sedia..,bangun mandi,bersiap2 nak menemui Datin Sim..,
segala persiapan dah ana siapkan, cert2..,dokumen2 yang penting semua ana simpan dalam beg..,ana terus bergegas ke tempat yang dijanjikan..,setelah sampai ana dilayan oleh kak erni.., orangnya baik..,rupa paras pun molek, dia tersenyum menunggu ana di kaunter pertanyaan..
"May I help you sir...?"perkataan yang pertama keluar dari kak erni.
ana menjawab "I have a appointment with Datin Sim for an interview"
"ok, May I know what your name?,wait for while Datin is quiet busy with costumer right now.."kata kak erni..
ana mengiya kan jer, ana menjawab "My name is mazani, just call me zani"
kemudian ana ditempatkan di sebuah bilik sementara menunggu Datin Sim.., kemudian Datin Sim masuk bilik nie dan minta ana memperkenalkan diri...
ana dengan penuh yakin memperkenalkan diri ana ,nama ana,asal usul,tempat tinggal,pengalaman berkerja sebelum nie..,
Datin seolah menampakkan keyakinan nya dekat ana, ana dengan satu per satu menyusun ayat2.. menjawab, memberi pendapat...
alhamdulillah Datin berpuas hati dengan jawapan yang ana berikan..
dengan sedikit harapan Datin memberi peluang ana trial selama 3bulan andai ana menunjukkan prestasi yang memberansangkan insya allah ana dinaikkan gaji... lg....
sekali lagi ana amat bersyukur tanpa makbulnya doa dari mak abah ana,mustahil ana dapat jawatan yang menjanjikan kesenangan sekarang...,tanpa izinNya..ana mungkin xdapat menikmati ape yang berada didepan ana sekarang.... alhamdulillah ya allah...,
syukran ya umi,abi,sahabah2,sahibah2....dan semua yang sentiasa xputus2 mendoakan ana.....

Wednesday, April 14, 2010


sewaktu sebelum ijtimak 2009....
bersiap sedia nak berjihad....


pemandangan ditepi tasik sewaktu beriadah...

Hadis Yang Menarik....

Rasulullah SAW bersabda: Bila seseorang itu mati dan saudaranya itu sibuk dengan pegebumiannya, berdiri lelaki yang amat kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapankan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nangkir datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal orang yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata: Dia adalah teman ku, dia adalah kawan ku. Aku tak kan tinggalkannya seorang diri walau apapun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugas mu. Aku tak boleh tinggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.

Selepas itu dia berpaling kepada temannya yang meninggal dan berkata: Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang2 dengan suara yang nyaring dan kadang2 dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Munhkar dan Nangkir, kamu tidak akan bersedih.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak tadi mengatur untuknya daripada Al-MalaulAlaa (Malaikat dalam syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi.

Rasulullah SAW bersabda: Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, maupun dari nabi atau malaikat.

Wallahualam.

Sebab-sebab mengapa doa tidak dikabulkan allah s.w.t..



1. Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haqNya.

2. Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulallah SAW tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.

3. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya.

5. Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.

7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.

8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya.

9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.

10. Kamu kekebumikan mayat mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Wallahualam.

Pakar geografi pembuat peta.....

Abdullah Al-Idris : Pakar Geografi Pembuat Peta Dunia

UMAT manusia patut berterima kasih pada tokoh ini iaitu Abdullah Al-Idris (1099-1166 M). Dilahirkan dengan nama penuh Abu Abdullah Muhammad Ibn Muhammad Ibn Abdullah Ibn Idris Ash-Sharif di kalangan ilmuwan dan masyarakat Barat dan dunia umumnya, Al-Idris dikenal sebagai seorang ahli geografi, dan pencipta peta dunia daripada perak seberat 400 kilogram. Berkat karyanya ini, umat manusia dapat mengetahui di mana letak benua atau kawasan tertentu yang ingin dituju. Beberapa pelajar di institusi pengajian tinggi menyanjung ilmuwan kelahiran Ceita, Sepanyol ini sebagai ahli geografi dan kartografi terbesar pada abad pertengahan. Idris atau Al-Sharif Al-Idris Al-Qurtubi juga memberi sumbangan dalam bidang ilmu kedoktoran.

Idris menghabiskan zaman persekolahannya di Cordova. Seperti kebanyakan ahli geografi lainnya, ia melakukan pengembaraan ke pelbagai tempat, dari satu negara ke negara lain nya, dan dari satu benua ke benua lainnya untuk mengumpulkan data geografi. Kebanyakan ahli geografi Muslim pada zaman Idris, telah berjaya membuat kiraan keluasan muka bumi secara tepat. Ketika itu beberapa peta dunia juga telah dibuat, namun tak sesempurna peta yang dibuat Idris.

Daripada bahan-bahan yang telah dikumpulkannya, Idris lalu mengkombinasikan sendiri penemuan-penemuannya tersebut menjadi satu pengetahuan baru. Karyanya banyak menyajikan data komprehensif dari setiap wilayah di dunia. Dari penemuannya inilah, Idris menjadi sangat dikenal dan mulai dijadikan rujukan oleh kalangan ahli kelautan Eropah serta kalangan pihak tentera.

Kepakaran Idris di bidang geografi itu sampai ke pengetahuan Raja Roger II, raja Norman dari Sicilia. Raja Roger II lalu mengundang dan menawarkan kemudahan pada Idris untuk membuat peta dunia paling tepat pada ketika itu. Idris memenuhi permintaan itu, namun ia meletakkan syarat iaitu dalam peta itu ia ingin memasukkan data bahawa Sicilia pernah berada di bawah pemerintahan kaum Muslim sebelum Raja Roger berkuasa. Peta pesanan raja itu direalisasikan Idris dalam bentuk bola dunia (globe) seberat 400 kilogram. Globe itu secara cermat juga mencantumkan ketujuh benua dengan laluan perdagangannya, tasik-tasik dan sungai, bandar-bandar utama, dataran, serta pergunungan. Selain itu, Idris juga memasukkan beberapa informasi tentang jarak, jauh, dan ketinggian dengan amat tepat. Oleh Idris globe itu dilengkapkan pula dengan Kitab Al-Rujari (Roger's Book).

Lantas bagaimana ilmuwan Abu Abdillah Al-idris menjelaskan hasil penemuannya dalam bentuk peta dunia yang dipesan secara khas oleh raja Roger II dari Sisilia? Bagaimana pula kajian atau perolehan data dan bagaimana ia memetakannya? Seorang penulis biografi terkenal asal Sicilia, Vincenzo Salerno, dalam artikelnya yang disiarkan dalam Best of Sicily Magazine (2003) secara cermat mengamati penemuan Al-Idris itu daripada pelbagai rujukan.

Menurut Vincenzo, sebelum peta itu digambarkan, Al-Idris terlebih dahulu mencari data dan maklumat yang diperlukan yang menurut sumber Barat, Idris telah berhasil memperoleh maklumat yang cukup lengkap, termasuk berbagai sumber sama ada daripada sumber Islam mahupun Kristian. Tentu bukan sesuatu yang mudah untuk memperoleh maklumat tersebut. Ini kerana pusat sumber yang lengkap atau perpustakaan pada zaman tersebut tidak seperti yang dimiliki pada hari ini. Sedangkan peta berbentuk globe itu perlu segera dilukiskan dan diserahkan ke pada raja yang berkuasa di Palermo, Sicilia itu.

Yang banyak membantu Idris adalah pengalaman beliau dalam pengembaraan, walaupun tak sehebat Ibnu Batutah, pengembara semasa zaman Marco Polo. Al-Idris telah melancong ke berbagai negeri sejak umurnya masih belia. Pengembaraan itu umpama pendidikan secara terus yang diperolehnya dalam bentuk praktikal yang tentunya amat bermanfaat dalam merealisasikan impiannya membuat peta dunia.

Sebenarnya bukan suatu kemestian bagi Idris untuk memenuhi permintaan seorang raja berkenaan kerana dia bukanlah warga tempatan kerajaan tersebut, melainkan hanya sebagai "temporary resident". Namun di sebalik pembuatan pe ta itu, Idris juga ingin menunjukkan kehebatannya sebagai cendekiawan Muslim.

Selain itu menurut Vincenzo lagi, Idris dihadapkan kepada banyak cabaran dalam merealisasikan impiannya. Situasi itu tentu amat berbeza dengan kecanggihan tekhlogi kumputer pada hari ini yang kesemuanya boleh dibuat dengan sekelip mata di atas sehelai kertas. Lebih rumit lagi pesanan itu bukan dilukis di atas selembar kertas, tetapi pada bahan yang terbuat daripada perak dengan bentuk sebuah bola dunia. Jadi perkara yang perlu dilakukan oleh Idris hanyalah melukiskannya secara manual menggunakan tangan.

Satu kelebihan yang ada pada Idris ia sememangnya seorang yang mahir dalam konsep pembuatan peta (kartografi ). Dari peta yang digambarkan Idris, sebagaimana peta-peta yang dibuat oleh beberapa pakar geografi Muslim, menggunakan orientasi Selatan (bukan Utara). Simbol-simbol dalam peta dan tulisan (lettering) untuk menjelaskan isi peta ditulis menggunakan kaligrafi Arab yang lebih bervariasi.

Sebagai melengkapkan peta yang ditulisnya, Idris sempat menulis buku geografi yang diberi nama Kitab Al-Rujari (Book of Roger). Kitab ini memaparkan secara komprehensif setiap maklumat geografi yang ada pada peta bola dunia yang digambarkannya itu. Tidak hanya itu, Al-Idris juga berjaya membuat anggaran ukuran garis tengah bumi dan pada titik 22.900 batu, setara dengan 42.185 km.

Kejayaan ini tak banyak berbeza dengan ukuran yang sebenarnya, iaitu 40.068 km. Berasaskan karyanya, banyak buku-buku rujukan yang ditulis ilmuwan Barat menyebutkan bahawa karya Idris merupakan suatu sumbangan yang besar pada teknologi pembuatan peta dunia selepas itu. Tidak hairan apabila nama Idris disebutkan dalam banyak buku-buku berkaitan sejarah pembuatan peta dunia. Misalnya salah satu perisian pemprosesan pada Sistem Informasi Geografi (SIG) -- dalam bahasa Inggris disebut Geographical Information System (GIS) - dikenali dengan Idris. Idris adalah antara tokoh yang membuktikan kemampuan seorang cendekiawan Muslim yang memberi sumbangan kepada semua lapisan masyarakat, termasuk kepada raja yang bukan Islam.

ya allah....always be there...

Ya Allah
Kurniakanlah untukku cintaMu
Cinta hamba yang mencintaiMu
Jua cinta yang bisa mendekatkanku pada cintaMu

Ya Allah
Segala pemberianMu yang ku sayangi
Jadikanlah ia kekuatan bagiku untuk mencintaiMu
Segala yang Engkau pisahkan dariku
Sedang ia amat ku sayangi
Jadikanlah ia ruang untuk cintaMu dalam diriku

Ya Allah
Berilah kekuatan untuk mengutamakan cintaMu
Daripada cintaku pada mereka yang ku sayangi
Pada harta yang ku cari dan pada air dingin ketika ku dahaga

Ya Allah
Berilah daku kekuatan untuk mencintaiMu
Para malaikatMu, Nabi-nabiMu dan para solehin

Ya Allah
Hidupkanlah hatiku dengan cahaya cintaMu
Dan jadikanlah daku hambaMu yang Engkau cintai

Ya Allah
Berilah daku kekuatan untuk mencintaiMu
Sepenuh hatiku dan redha padaMu sentiasa akan segala usahaku
Amin Ya Rabbal A'lamin...

Allah hu'akbar..