Tuesday, March 22, 2011

Kelebihan Solat Berjemaah Menurut Teori Fizik ..


Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah
membuat satu kajian tentang kelebihan solat
berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya
tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu
cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian
kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah
tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku
pertukaran cas positif dan cas negatif, yang
menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita
rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti
seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan
semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap
normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan
di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan
solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang
didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang
tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang
berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan
cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat
berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu
bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan
yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai
berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan
yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli
jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan
menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh
tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama
ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala
yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin
lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas
dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari
tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat
setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita
mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir
seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit
lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh
dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2
rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan
memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil
akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh.
Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran
cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan
untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan.
Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk
memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran
cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.
Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali
tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan
cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat
solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang
kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja
kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang
banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan
pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya
dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai
dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2
waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang
solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya,
pada waktu malam kita tidak banyak melakukan
aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses
pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat
keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat
dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam
amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun
menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya,
solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan
cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita
bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa
Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa.
Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai
hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu
sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan
betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan
hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
Wallahualam.

Monday, March 21, 2011

76 Petua Ilmiah Memenangi Hati isteri..

Berikut adalah petua ilmiah bagaimana anda boleh memenangi hati wanita kekasih anda. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa mahukan perhatian.Petua ini khas untuk suami isteri:

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.
8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.
11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.
26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.
27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.
30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
31. Basuhkan kereta yang dipakainya.
32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.
33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya.
35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.
36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.
43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.
44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.
46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.
48. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.
54. Solat bersama dan berdoa bersama.
55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.
57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau.Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.
58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.
60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.
61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.
62. Bila dia memasak, pujilah masakannya.
63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.
64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.
66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.
67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.
72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.
74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.
75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.
76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

Bila dah faham boleh lah senyum... ..


Masa tu aku rasa suka, gembira semua ada, sampai rasa macam nak meloncat pun
ada. mana taknye dapat "green light" bapa laila. dah bapa dia kata macam tu. aku pun apa lagi laa. sampaikan aku sendiri susah nak kontrol senyum
aku. apa sikit tersenyum dan tersengih. dalam hati aku berkata "lihatlah dunia..." tak lama lepas tu laila panggil kami berdua makan tengahari.
masak kari kepala ikan, kebetulan kegemaran aku. yg ni aku tak pernah bagitau laila. kepala ikan merah. maklumler kampung tu tak jauh drp laut. dan ramaipun org kampung tu yg kerja jadi nelayan. murah ler sikit harga kepala ikan tu agaknya. tapi kalau pergi pasar mahal juga. aku makan berselera sekali. makan bertambah. sedap pulak kari kepala ikan tu. atau mungkin juga pasal seronok sampai selera makan aku ertambah. yang mana satu aku pun tak tau. yg pasti aku sangat berselera. kalau bukan disebabkan aku segan
kat orang tuanye mahu banyak kali aku tambah. tapi perangai kena jaga. maklumler bakal menantu dia.

lepas makan, aku pun duduk sekejap. aku tengok jam dah dekat 1.45 tengahari. masa tu dah masuk waktu zohor. aku pun mintak diri nak beransur dulu. tapi aku ditahan lagi sekali oleh bapa laila. "ahh.. sudah" kata aku dlm hati. apa hal pulak lagi. lagipun aku tengok muka bapa dia serius semacam jer. aku cakap ler yg aku nak balik pasal waktu zohor dah masuk. "takpe, kamu
semayang di sini" kata bapa laila. bapa laila suruh aku semayang di rumah dia rupanya. takde hal la bagi aku kalau macam tu. laila masuk bilik dan
keluar bawak kain pelikat sehelai. suruh aku tukar dan tunjuk kat mana bilik air. so, aku pun pergi la ambik air semayang. laila pesan kat aku pergi
semayang kat bilik kosong yg tengah. masa aku masuk bilik tu baru aku tahu yg bilik tu khas utk semayang, ada buku dan kitab agama. dan juga kaset ceramah dengan radio player. maklumler org parti bola ping pong. aku panggil bapa laila nak tanya arah kiblat arah mana. dia datang dan tunjukkan arah tapi dia cakap jangan semayang dulu. "kita berjemaah" katanya. masa tu aku
dah boleh agak apa akan berlaku. mesti dia nak test aku jadi imam. lagi sekali jantung aku berdebar kencang balik. alamaak, kena ke? kata aku dlm hati.

aku rasa aku macam tengah menuggu hukuman tembak sampai mati jer drp bapa laila. habisler aku. yg ni aku tak sangka langsung. takde langsung dlm kepala otak aku masa fikirkan apa akan jadi pada hari tu malam tadi. aku
bukannye pernah jadi imam kepada org tua. masa di sekolah dulu pernah ler. itupun masa aku jadi makmum kat belakang sekali kemudian org cuit bahu ku sbg isyarat nak mintak aku jadi imam. tapi masa tu kalau tak nak, boleh jatuhkan tangan kanan sekejap. kalau nak diamkan diri. masa tu ada pilihan.
kali ni aku takde pilihan. tengah aku menggelabah tu bapa laila pun sampai. "tunggu dulu, tunggu laila dengan makcik kamu sekali" katanya. aduh...
satu rumah nampak gayanya. aku dah mula menggeletar kepala lutut. rasa macam nak
terjun rumah jer... penakut betul rasanya aku masa tu. dalam kepala otak, aku dah mula fikir lepas ni apa lagi yg unexpected yg bakal berlaku.

aku tarik nafas dalam-dalam dan kuatkan azam, aku boleh..! apa nak jadi jadilah. kemudian baru aku teringat satu perkara. semayang zohor
berjemaah tak payah baca fatihan dgn surah lazim sampai makmum dengar. Yes..!
apa aku nak takut. buat selamba ajer ler. masa bapa laila emak dan laila sekali dah siap, aku dapat satu akal nak elakkan diri. cepat-cepat aku ambil kedudukan belakang sikit drp tempat imam sebelah kanan dan terus jer aku nak qamat.
bernas sekali idea tu aku rasakan. baru aku nak mula qamat aku kena tarik oleh bapa laila. "takpe, biar pakcik qamat. biar org muda pulak jadi
imam" alamak tak lepas jugak aku. tapi bila aku teringatkan yg semayang zohor secara senyap walaupun berjemaah aku berani ler sikit.

ditolaknya aku ke depan ambil tempat imam. nak tak nak kena ler aku jadi imam. aku pun ambil tempat imam. sambil berdiri tu aku dengar bapa
laila qamat di belakang. lepas tu aku pun baca ler surah an-nas sekali
perlahan-lahan. sambil tu sempat lagi aku berdoa dlm hati mintak tenangkan perbuatan aku dan hati aku yg bergelora ni. mana tahu tengah gelabah-gelabah kita senang tersilap pulak. akupun lafaz niat zohor sebagai imam, takbir dan sambil tu berniat semayang zohor dlm hati. akupun buat ler macam biasa. konsentrat. masa tu memang dah tak fikir aku ni makmum ke imam. semuanya
berjalan lancar tanpa silap dan takde gelabah langsung. habis bagi salam baru aku teringat satu perkara. yang mana perkara tu sangatlah aku tak
suka dan memang aku tak tahu pun. baca doa. dan terus aku rasa mula menitik peluh walaupun dlm bilik tu ada kipas angin. akupun berwirid ler seringkas yg aku tahu. bukan ringkas pun sebenarnya cuma itu jer wirid lepas semayang yg
aku tahu. dalam hati dah mula rasa tak sedap. lepas tu aku suruh ler bapa laila baca doa. dia tolak balik kat aku. imam baca lebih afdhal katanya. ntah macam mana kepala otak aku boleh proses dgn pantas hantar arahan ke mulut aku dan
aku pun cakap balik "org macam pakcik mungkin lebih afdhal drp saya".
fuuhh..! ayat power tu.

dgn tak disangka-sangka bapak laila terus jer tadah tangan dan mula membaca doa. yes..! yes..! kata aku dalam hati. terasa satu beban atas kepala
otak aku dibuang. seronok yg tak terhingga kali kedua utk hari tu. aku rasa tuhan menyebelahi aku tapi sebelum tu diujinya aku cukup-cukup. akhirnya aku percaya niat yg ikhlas akan berbalas secara baik juga. mungkin bagi org lain itu satu perkara kecil yg mana ramai org sanggup buat. tapi bagi aku itu satu perkara yg aku tetap ingat dan juga satu perkara besar yg pernah aku buat. sangat berharga pengalaman tu. lepas habis berdoa aku pun hulur salam pada pakcik. sempat aku jeling laila. diapun tengah jeling aku dengan satu senyuman yg sampai sekarang aku tetap ingat. dgn masih lagi bertelekung dan sepasang lesung pipit. "Ya Allah... temukanlah jodoh aku dgn laila" sempat lagi aku berdoa dlm hati masa aku jeling menjeling tu.

tobekontiniu...

P/s: bertuah lah kau laila....he..he...tak payah jd imam.....mmg nak menangis bila jd imam ni....tambah2 kalau tak pernah jd tu...suara pun jd cam nak mengais jer....tambah2 kalau makmum tu kita rasa lg berilmu....eden sebak kalau jd imam....takder ciri pemimpin lah eden ni....

Kalau dah bersedia jd suami tu...eloklah bersedia jd imam....

Beruntung kau laila....he...he....(kisah Benar dari TintaBiru)..

Sunday, March 20, 2011

Kahwin Cepat - Yang Berkat Jadi Mudarat ? ..

Majlis akad nikah itu baru sahaja selesai. Saya dan beberapa orang sahabat masih menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Tiba-tiba seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik tangan saya dan bertanya, "Kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?" Saya lantas bertanya, "Tok dulu kahwin cepat?"
"Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anak seorang..." Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5 sekarang.
Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai anak.
"Bahagia Tuk?"
"Tak bahagia apa... anak Tok 12 orang!"
Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur dengan angka.
"Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih menuntut lagi, orang heboh saya tak sabar," ngadu saya tanpa dipinta. Sengaja mengundang
reaksi.

"Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tok, tu kira terlajak dah tu!"
"Betulkah saya tak sabar, Tok? " tanya saya semacam mengusik.
"Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat. Selamat dari maksiat.
Kalau betul tak sabar, Tok ni lagilah tak sabar... umur 17 tahun dah kahwin, heh, heh, heh..."
"Setuju tak Tok kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal cepat lambat, tapi soal dah bersedia atau tidak?"
"Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaan tu..." tajam Tok membalas.
"Kalau ikut pandangan Tok, apa agak-agaknya persediaan tu?"
"Soal ni tak boleh agak-agak... Mesti tepat."
Terkedu saya dibuatnya. Tok ni bukan sebarang orang.

"Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur... Asal akil baligh dah boleh kahwin. Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatan yang
cukup, tapi yang penting kematangan diri... Ertinya, seseorang yang nak kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik, dah boleh sedikit
sebanyak kawal perasaan, dan jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang."
Saya menung panjang. Tertikam di sudut hati petanyaan, sudahkah saya
matang sewaktu mula berkahwin dahulu?

"Jangan menung... Tok cuma kata, dah sedikit sebanyak matang. Tak payah tunggu matang betul... nanti tak kahwin pula!" usik Tuk seperti dapat membaca fikiran saya. Walau tanpa ijazah, Tuk sebenarnya sedang menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadang kala tidak dapat ditimba di mana-mana menara gading.
"Macam mana nak matang?" tanya saya perlahan. Malu rasanya untuk diajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini. Terasa terlambat!
"Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan... umur sebelas tahun dah khatam Quran. Dah selesai belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah, batal dan lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh buka kitab Muhimmah, baik lelaki, baik perempuan. Dah diterangkan tanggung jawab suami, isteri dan asas-asas kerukunan rumah tangga."

"Itu sahaja? Ilmu lain?" soal saya pendek.
"Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang otak baik, jadilah guru, pegawai kerajaan... ikut keadaan zaman tulah. Tuk ni tak nasib baik... kerja kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka tanah.
Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sampai sekarang ni..."
"Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dah dua kali naik haji."
"Tak senang. Tapi mudah-mudahan... tenang. Tulah doa Tok, biar hidup kita tenang."

"Agaknya sebab kurang matang nilah orang sekarang kahwin lambat?" cuit saya, kembali ke tajuk asal.
"Ni agak Toklah. Budak sekarang tak macam dulu. Mereka ni macam lambat matang. Kalau dulu umur 13 dah boleh pikul tugas. Dah berdikari, dah boleh harap jaga emak bapak. Setakat jadi imam dan baca berzanji tu lancar... tapi sekarang lain, umur dah 23 tahun pun masih bergantung kepada emak bapak. Nak jadi imam? Jauh sekali."
Terbayang kekesalan di wajahnya. Dia menyambung, "Sekali tu Tuk tengok betul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal pengantin tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah depan tuk kadhi. Bila tanya rukun sembahyang, geleng kepala. Yang dihafalnya rukun nikah saja..."

"Kalau macam tu macam mana?"
"Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin isteri dan anak-anaknya nanti? Tu baru ilmu yang paling asas, belum lagi ilmu... apa orang
kata... ... parenting skill."
"Tok pun tahu parenting skill?"
"Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio, tv, ceramah, buku-buku... ah, macam-macam."
"Tapi Tok, kalau tak kahwin pun susah juga... Nanti terjebak dengan maksiat," kilas saya.
"Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepas satu disambung satu.
Bermula dengan yang paling utama, diikuti yang kedua, ketiga dan seterusnya... Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perlu diasak di awal usia.
Diiring ilmu akademik. Jadi, bila dah nak kahwin nanti, ilmu tu semua dah ada. Persediaan agama ada, persediaan material ada."

"Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin kerana katanya belum bersedia, dari segi material dan agama?"
"Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan ilmu agama... sampai mati pun tak akan habis dituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dan tambah lagi selepas kahwin. Begitu juga soal material, soal kerja, profesion... Ni pun tak akan habis-habis. Ukurlah ikut keperluan dan kemampuan diri. Jangan sampai terlanjut usia sudahlah. Jangan nanti ilmu ada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada..."
"Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?" terluncur soalan yang berbau akademik tanpa saya sedari.

"Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran Islam, keadaan jadi agak lintang-pukang sekarang. Yang berkat jadi mudarat. Tak dikahwinkan, membuat maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab."
"Antara dua keadaan ni... yang mana patut kita pilih?"
"Perlukah kita buat pilihan? Pada Tok... pilihlah keadaan yang tidak memaksa kita membuat pilihan!"
Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu boleh mengundang seribu wacana para sarjana!(dari cerita hidup seorang sahabat yang masih di mesir sebagai mudir disana..)

ya allah....always be there...

Ya Allah
Kurniakanlah untukku cintaMu
Cinta hamba yang mencintaiMu
Jua cinta yang bisa mendekatkanku pada cintaMu

Ya Allah
Segala pemberianMu yang ku sayangi
Jadikanlah ia kekuatan bagiku untuk mencintaiMu
Segala yang Engkau pisahkan dariku
Sedang ia amat ku sayangi
Jadikanlah ia ruang untuk cintaMu dalam diriku

Ya Allah
Berilah kekuatan untuk mengutamakan cintaMu
Daripada cintaku pada mereka yang ku sayangi
Pada harta yang ku cari dan pada air dingin ketika ku dahaga

Ya Allah
Berilah daku kekuatan untuk mencintaiMu
Para malaikatMu, Nabi-nabiMu dan para solehin

Ya Allah
Hidupkanlah hatiku dengan cahaya cintaMu
Dan jadikanlah daku hambaMu yang Engkau cintai

Ya Allah
Berilah daku kekuatan untuk mencintaiMu
Sepenuh hatiku dan redha padaMu sentiasa akan segala usahaku
Amin Ya Rabbal A'lamin...

Allah hu'akbar..