Sunday, August 1, 2010

Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah ( oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Ustaz menjawab.Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari.. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi gadis-gadis yang lain. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.
Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?
Tidak juga.

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan?
Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.
Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya.
Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka.
Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan..
Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki.
Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan?
Barulah bidadari lain tak kacau daun

Betul?
Tapi adakah anda pasti?
Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;
Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah saw,Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih.au kama qaal
Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.
Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.. mungkin itu jawapan seorang wanita.
Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga... (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?
Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. Ketua! Biar kami pula ambil alih! ..mungkin itu yang mereka kata.
Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku! Mungkin ada wanita yang berfikir begini.
Izinkan saya bertanya lagi; Tak nak pergi shopping ke?; )
Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?
Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu pasar di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di pasar syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.
Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh produkyang dipamerkan, niatkan Aku mahu yang ini!; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.
Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?
Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.
Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak search apa, sampai termenung di depan super komputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.
Maka di pasar syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam rekabentuk terbaru latest design
kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

0 comments:

ya allah....always be there...

Ya Allah
Kurniakanlah untukku cintaMu
Cinta hamba yang mencintaiMu
Jua cinta yang bisa mendekatkanku pada cintaMu

Ya Allah
Segala pemberianMu yang ku sayangi
Jadikanlah ia kekuatan bagiku untuk mencintaiMu
Segala yang Engkau pisahkan dariku
Sedang ia amat ku sayangi
Jadikanlah ia ruang untuk cintaMu dalam diriku

Ya Allah
Berilah kekuatan untuk mengutamakan cintaMu
Daripada cintaku pada mereka yang ku sayangi
Pada harta yang ku cari dan pada air dingin ketika ku dahaga

Ya Allah
Berilah daku kekuatan untuk mencintaiMu
Para malaikatMu, Nabi-nabiMu dan para solehin

Ya Allah
Hidupkanlah hatiku dengan cahaya cintaMu
Dan jadikanlah daku hambaMu yang Engkau cintai

Ya Allah
Berilah daku kekuatan untuk mencintaiMu
Sepenuh hatiku dan redha padaMu sentiasa akan segala usahaku
Amin Ya Rabbal A'lamin...

Allah hu'akbar..