Friday, March 6, 2009

Pesanan buat rakan2...

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat salam atas junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W. yang sentiasa menyayangi umatnya. Warkah ini kukarangkan buat kamu, kawan. Maafkan aku kerana menggunakan perkataan kawan daripada menggunakan perkataan sahabat untuk membahasakan dirimu. Jika kamu mengerti makna sahabat itu dalam erti hati nurani yang mendalam, kamu tidak akan menggunakan perkataan itu sewenang-wenangnya. Namun, itu bukanlah tujuanku untuk menulis warkah ini walaupun kupasti, aku tidak akan dapat menerangkan ertinya sahabat itu dengan hanya berbekalkan papan kekunci dan skrin, dengan hanya berbekalkan pena dan kertas. Harus kamu sendiri mencari dengan pengalaman. Warkah ini kukarangkan dengan jiwa lara membawa seperti yang kamu lihat, satu pesanan. Aku boleh sahaja untuk menulis hanya isi utama rangkap pesanan ini tetapi aku mahukan kamu untuk sebenar-benarnya memahami isi yang aku keutarakan. Jangan liat untuk membaca, dan jangan buang begitu sahaja. Aku tidak menulis dengan hanya tenaga, bahkan bersama jiwaku yang telah retak menanti belah dan aku juga turut menulis warkah ini bersama masaku yang boleh sahaja kugunakan untuk perkara lain yang lebih penting untuk kuuruskan. Tetapi kerana adanya hati ini yang memberontak untuk berbicara, jadi aku pinta masamu dan lebih penting jiwamu yang ikhlas menerima untuk terus membaca hingga ke noktah terakhir warkahku.

Izinkan aku mula bicara dan aku pinta tambahan satu lagi untuk kamu bawa bersama ketika membaca warkah ini, iaitu kesabaranmu. Tanpanya kamu tidak mungkin bertahan hingga ke noktah penamat. Masihkah kamu ingat ketika kita mula bertemu? Dalam satu suasana petang yang kukira agak dingin. Perkenalan yang membawa kepada satu ikatan yang kugelarkan kawan. Waktu yang kukira kuucapkan kesyukuran yang berpanjangan kerana dikurniakan rakan sebilik yang baik. Masih kamu ingat perjalanan hidup itu? Kita berkongsi cerita dan kukira kamu cukup memahami dan aku kira kamu mampu untuk menerima setiap yang aku kongsikan bersamamu.

Masih kamu ingat saat hitam berlaku? Tidak sangka pertukaran bilik diumumkan, aku tidak sangka dan aku keliru. Mencari rakan sebilik yang baik dan memahami, jujur, ikhlas bukannya semudah yang disangka. Syukur aku kembali tatkala kedudukan rakan sebilik boleh kita tentukan sendiri dan aku memilihmu berbanding Syah kerana aku yakin kita serasi dalam melontarkan idea dan membahaskan beberapa isu masa kini. Dan aku memilih bilik yang tidak perlu aku sebut namanya.

Dan ini segalanya bermula dan ini juga yang memulakan sebenarnya isi bagi warkahku ini. Aku menerima dengan relanya keadaan di bilik baru. Keadaan permulaanya baik dan tidak jauh bezanya daripada dahulu. Penerimaan rakan di bilik baru juga memberangsangkan bagiku. Cuma mungkin bukan caraku untuk menerima cara mereka yang berbual kosong, dengan nada yang tidak dapat kuterima sehingga lewat pagi.

Aku senang tatkala kusedari kamu juga tidak dapat menerima keadaan sedemikian. Jadi aku kira masih ada yang mengerti keadaan sebegini tidak seharusnya berlaku apatah lagi apabila keeseokan paginya ada kelas awal mungkin dan solat subuh wajib yang harus ditunaikan. Kamu tahu semua itu. Alhamdulillah, ada perubahan selepas bulan ramadhan. Tiada lagi berbual sehingga lewat malam. Atau mungkin ada, hanya tempat sahaja yang berubah. Aku bersyukur itu untuk yang paling utama, bangun menunaikan solat subuh dan yang kedua, jika ada kelas pagi

0 comments:

ya allah....always be there...

Ya Allah
Kurniakanlah untukku cintaMu
Cinta hamba yang mencintaiMu
Jua cinta yang bisa mendekatkanku pada cintaMu

Ya Allah
Segala pemberianMu yang ku sayangi
Jadikanlah ia kekuatan bagiku untuk mencintaiMu
Segala yang Engkau pisahkan dariku
Sedang ia amat ku sayangi
Jadikanlah ia ruang untuk cintaMu dalam diriku

Ya Allah
Berilah kekuatan untuk mengutamakan cintaMu
Daripada cintaku pada mereka yang ku sayangi
Pada harta yang ku cari dan pada air dingin ketika ku dahaga

Ya Allah
Berilah daku kekuatan untuk mencintaiMu
Para malaikatMu, Nabi-nabiMu dan para solehin

Ya Allah
Hidupkanlah hatiku dengan cahaya cintaMu
Dan jadikanlah daku hambaMu yang Engkau cintai

Ya Allah
Berilah daku kekuatan untuk mencintaiMu
Sepenuh hatiku dan redha padaMu sentiasa akan segala usahaku
Amin Ya Rabbal A'lamin...

Allah hu'akbar..